Pasukan Sabah hari ini telah melancarkan jersi terbaru mereka bagi musim 2024/2025 yang diberi nama 'Tagap', sebentar tadi.

Menerusi portal Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tagap bermaksud gagah dan kuat. Ini melambangkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee (OKS), sudah siap sedia untuk mengharungi musim baru yang akan bermula, Sabtu ini.


Seperti musim lalu, The Rhinos mengekalkan tradisi warna merah sebagai warna rasmi mereka untuk jersi 'home'.

Sebagai rekod, Sabah menghabiskan saingan Liga Super musim lalu di tempat ketiga. Mereka akan bertemu Penang sebagai perlawanan pertama musim 2024/2025, Sabtu ini.