Suspek pertama yang menganiaya Faisal Halim akan ditahan semula selepas diuji positif dadah menerusi saringan air kencing yang dijalankan Ahad lalu.

Malaysia digemparkan dengan berita penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid pada Ahad lalu.

PDRM bagaimanapun telah berjaya menahan salah seorang suspek Ahad lalu dan kini bakal menahannya semula selepas mendapati ujian air kencing suspek tersebut positif bahan terlarang.

Sementara itu, suspek kedua yang ditahan berhubung kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, direman lima hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, suspek berusia lewat 30-an itu direman sehingga Sabtu.

Dalam kejadian pada petang Ahad, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey mengalami lecur tahap empat akibat disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Selangor.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


Sumber: UtusanTV