Ammar Hakim
Tue May 16 2023
Skuad hoki lelaki negara meneruskan dominasi di pentas Asia Tenggaara apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam aksi final, sebentar tadi.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo, Malaysia turun selaku pasukan pilihan bermula dengna langkah kanan apabila memperoleh pukulan sudut penalti di awal permainan namun ketangkasan penjaga gol Singapura, Wee Wei Xuan, menafikan usaha Malaysia.
Peluang Malaysia membuka tirai jaringan terhasil menerusi dua lagi pukulan sudut penalti pada minit kedua dan kelima oleh pengadil namun gagal disempurnakan.
Malaysia meningkatkan rentak permainan sejurus perlawanan bersambung dalam suku kedua dengan misi mendapatkan jaringan pembukaan dan percaturan itu berhasil apabila mendapat satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-16.
Pukulan sudut penalti keempat negara akhirnya menghadirkan kegembiraan apabila disempurnakan Muhammad Amirul Hamizan Azahar yang membenarkan pasukan bimbingan Muhamad Amin Rahim mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.
Singapura berusaha untuk menghadirkan permainan yang lebih kemas dengan hasrat untuk menyamakan kedudukan.
Sebaliknya, Malaysia yang berjaya menggandakan jaringan apabila mendapatkan penalti strok selepas pemain Malaysia, Shahmie Irfan Suhaimi dijatuhkan dalam kawasan D.
Amirul Hamizan menggunakan peluang terbaik untuk sekali lagi menewaskan Wei Xuan pada minit ke-38.
Gol ketiga pasukan berjaya terhasil dalam suku akhir menerusi gol padang Alfarico Lance Liau Jr.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas hoki padang tidak dipertandingkan pada 2019 di Filipina dan Hanoi 2021.
Sementara itu, skuad hoki wanita negara memastikan kejuaraan berganda buat Malaysia dalam acara hoki padang apabila memenangi pingat emas, kejayaan itu hadir selepas skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menewaskan Thailand 4-1 pada aksi final.
Piala Asia Hoki Dalam Dewan: Norsyafiq Sumantri kembali jadi taruhan pertahan gelaran
Pemain serba boleh, Norsyafiq Sumantri, kembali melengkapkan skuad hoki dalam dewan yang akan turun mempertahankan gelaran Piala Asia di Taldykorgan, Kazakhstan, yang bermula Selasa depan.
Piala Asia Hoki Dalam Dewan Wanita: Malaysia optimis berdepan Thailand
Skuad kendalian Rodhanizam Radzi, mempamerkan aksi yang memberangsangkan apabila hanya tewas sekali dalam empat perlawanan peringkat kumpulan di Piala Asia Hoki Dalam Dewan Wanita, di Chonburi, Thailand.
Hoki Piala Negara-Negara 2024: Lima pemain baru dipanggil, Fitri Saari bakal tersisih
Selepas Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), beberapa perubahan melibatkan lima pemain akan dilakukan menjelang saingan Piala Negara-Negara 2024 di Poland, hujung bulan ini.
Piala Asia Hoki Dalam Dewan Wanita: Malaysia belasah Vietnam 25-0
Skuad hoki dalam dewan wanita negara memulakan kempan Piala Asia Wanita dengan kemenangan penuh bergaya apabila membelasah Vietnam 25-0 dalam aksi pertama Kumpulan A di TNSU Chonburi, Thailand sebentar tadi.
Pembentukan skuad hoki negara masih jauh daripada sempurna
Skuad hoki negara telah menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2024 di tempat keempat selepas tumbang di tangan New Zealand 2-3 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Ipoh, Perak.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun buru misi pingat emas Sukan Asia 2026
Juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), Jepun, membuktikan pelan jangka masa panjangnya membuahkan hasil apabila memenangi kejohanan tersebut menggunakan khidmat 18 pemain sahaja.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia tamatkan kempen di tempat keempat
Skuad hoki negara menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2024 di tempat keempat selepas tewas 2-3 kepada New Zealand dalam aksi penentuan tempat ketiga di Ipoh sebentar tadi.
Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Info siaran langsung dan live streaming Malaysia lwn New Zealand
Skuad hoki negara akan berjuang untuk perebutan tempat ketiga dan keempat saingan Piala Sultan Azlan Shah dengan menentang New Zealand di Ipoh malam ini.
Piala Sultan Azlan Shah: Teliti video pukulan sudut penalti Korea Selatan punca kami menang -- Hafizuddin
Penjaga gawang skuad hoki negara, Hafizuddin Othman, bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan 12 pukulan sudut penalti pasukan raking ke-13 dunia, Korea.
PSAS: New Zealand bakal halangan The Speedy Tigers rebut tempat ketiga
Skuad kendalian Sarjit Singh menempah pertemuan dengan New Zealand bagi perebutan tempat ketiga Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Ke-30, esok.
Inter Miami 1-0 D.C. United: Super-sub Campana seals late win
Report: Miami 1-0 D.C. United
Montero to coach Juventus until end of the season
Montero to coach Juventus
PGA Championship: Morikawa and Schauffele share lead ahead of final round
Morikawa and Schauffele lead
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs