Kuala Lumpur City (KL City), terlebih dahulu membuka kempen pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup), dengan kemenangan mengalahkan lawan dari Kuching City di Stadium Likas, petang semalam.

Sebelum tamat separuh masa pertama, penyerang The Cats, Pedro Henrique Cortes, meletakkan pasukannya di hadapan sebelum menuju bilik persalinan.

Berselang beberapa minit selepas bermulanya separuh masa kedua, pemain import terbaru KL City, Jovan Mostika, pantas menyamakan kedudukan untuk mengikat perlawanan 1-1.

Ketua pasukan, Paulo Josue, akhirnya meletakkan pasukan ibu kota itu di hadapan sebelum pemain sayap, Lazar Cijcic, melengkapkan kemenangan The City Boys yang mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-86.

Selepas ini, KL City akan menentang pasukan tuan rumah, Sabah, dalam aksi seterusnya pada esok.