Pemain import berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia selepas hampir empat tahun bermain dalam kancah Liga Super Malaysia bersama kelab tersebut.

Pemain kelahiran Australia itu mula menyertai The City Boys daripada Melbourne sejak Februari 2021 dan sudah mencipta pelbagai kenangan manis terutamanya memenangi piala paling berprestij dalam saingan tempatan.

Pertahanan berusia 30 tahun itu berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama skuad kendalian Bojan Hodak ketika itu yang menyaksikan mereka menewaskan juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).



"Empat tahun Malaysia sudah menjadi rumah saya.

"Saya sayang awak Malaysia! Katanya menerusi ciapan di X.

Ucapan tersebut dikongsikan melalui sambutan Hari Natal.

Kontrak Giancarlo Gallifuoco bersama skuad bimbingan Miroslav Kuljanac itu di jangka berakhir Disember 2025.