Man Utd melepaskan kelebihan tiga gol ketika menentang Coventry yang kemudian berlanjutan hingga ke masa tambahan di Stadium Wembley sebelum memastikan memastikan kemenangan apda penentuan sepakan penalti, 4-2.

Roy Keane berkata Manchester United "kelihatan seperti pasukan Liga Kejuaraan" ketika skuad kendaliuan Erik Ten Hag itu bergelut sebelum menempah slot final Piala FA dengan menewaskan Coventry.

A post shared by TNT Sports (@tntsports)


Bekas ketua pasukan Manchester United itu turut berkata dia seakan hampir tidak menyukai Manchester United.

"Maguire telah ditemu bual selepas perlawanan dan mengatakan 'kami tampil dengan karakter'. Saya tidak nampak sebarang karakter dalam kumpulan itu, saya telah memasuki fasa di mana saya hampir tidak menyukai mereka", kata Keane.

United bakal berdepan pasukan jiran mereka, Manchester City di pusingan akhir Piala FA pada 25 Mei depan, juga merupakan ulangan final tahun lalu di mana mereka tewas dengan keputusan 2-1.