BORUSSIA DORTMUND 5 HANNOVER 1

Borussia Dortmund mengutip 48 mata selepas 19 perlawanan Bundesliga untuk melakar pencapaian baru kelab itu.


Skuad bimbingan Lucien Favre itu mempamerkan aksi luar biasa awal pagi tadi apabila membelasah Hannover 5-1 di laman sendiri untuk kembali melebarkan penguasaan di puncak Bundesliga dengan sembilan mata, dengan Bayern Munich akan menghadapi Stuttgart malam ini.

Beberapa pemain mencuri tumpuan yang menyaksikan Marco Reus menyumbat gol dan mencipta peluang jaringan seperti yang dilakukan Achraf Hakimi dan Raphael Guerreiro.

Jadon Sancho sekali lagi memberikan aksi memberangsangkan apabila menyumbang dua gol.

Mereka meneruskan kempen yang luar biasa buat Dortmund yang tewas sekali dan hanya tercicir empat mata sahaja.