Skuad badminton lelaki negara akan meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Thomas 2024 dengan aksi separuh akhir menentang tuan rumah, China, di Chengdu petang esok.

Mampukah Lee Zii Jia dan rakan-rakannya menamatkan kemarau ke final selepas kali terakhir melakukannya pada 2014?

Saksikan perlawanan penting ini secara langsung di Astro Arena 2 HD saluran 802 bermula dengan prarancangan jam 4.30 petang.

Anda juga boleh menyaksikannya secara live streaming di aplikasi Astro GO.