Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berentap dalam dua aksi final Piala Presiden 2024.

Ini selepas kedua-dua pasukan itu menyingkirkan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua malam tadi.

Selangor mara ke final dengan mengatasi Akademi Mokhtar Dahari (AMD) 5-1 secara agregat.

Kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 dalam aksi pertama di Gambang tetapi dalam aksi di Stadium UM Arena kali ini, Selangor mempamerkan dominasi total untuk meraih kemenangan 4-0 di laman sendiri.

JDT pula mengatasi Terengganu 4-1 di Pasir Gudang selepas terikat tanpa jaringan dalam separuh akhir pertama.

Final pertama akan berlangsung di laman selangor pada 6 November ini sebelum aksi timbal balik di laman JDT seminggu kemudian.