Ammar Hakim
Sat Dec 17 2022
Josko Gvardiol akan berbangga kerana telah berdepan dengan 'pemain terbaik dalam sejarah', walaupun Lionel Messi berada di tahap yang lebih tinggi ketika menyarung jersi Argentina untuk mengaibkan pertahanan Croatia itu.
Gvardiol dan Messi telah menjadi dua daripada bintang Piala Dunia 2022 dan bersemuka di pentas separuh akhir.
Tetapi ia adalah pertarungan yang dimenangi Messi, menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam kemenangan 3-0 Argentina.
Ia adalah bantuan yang paling mendapat perhatian apabila Messi menentang Gvardiol, menewaskannya dua kali sebelum melakukan hantaran untuk Julian Alvarez.
Kekalahan itu menyaksikan Gvardiol dan Croatia terlepas peluang ke final, tetapi dia masih gembira dapat bermain dengan Messi.
“Saya sudah pun menentangnya, tetapi dia bermain berbeza berbanding dengan kelabnya,” kata Gvardiol.
"Ia satu pengalaman yang hebat, dan suatu hari nanti saya akan memberitahu anak-anak saya bahawa saya bermain menentang pemain terbaik dalam sejarah."
Messi nampaknya telah mengesahkan bahawa ini akan menjadi Piala Dunia terakhirnya, ketika dia cuba untuk memimpin Argentina mengatasi Perancis pada perlawanan akhir esok, dan perkara yang sama dijangkakan terhadap pemain tengah Croatia berusia 37 tahun, Luka Modric.
Tetapi Andrej Kramaric, bercakap bersama pemain RB Leipzig Gvardiol, tidak begitu pasti Modric bersedia untuk bersara daripada perlawanan antarabangsa.
“Kita semua tahu berapa banyak kata-kata indah yang ditulis mengenai Luka dan apa yang dia lakukan bukan sahaja untuk Croatia tetapi seluruh dunia,” kata Kramaric. “Mengenali dia, saya tidak pasti ini adalah yang terakhir.
"Umur datang untuk semua orang, termasuk untuknya, tetapi dia akan kekal abadi untuk seluruh dunia. Dia menjadikan segala-galanya yang sukar menjadi mudah."
Napkin kontrak terawal Lionel Messi dilelong RM4.5j
Rumah Lelongan British Bonhams mendedahkah sehelai napkin yang digunakan untuk memeterai kontrak awal Lionel Messi dengan Barcelona dijual pada harga $965,000 (RM4.5j).
Saya gembira Lionel Messi menang Piala Dunia -- Sergio Ramos
Pertahanan Sevilla, Sergio Ramos, berasakan gembira selepas bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG) memenangi Piala Dunia 2022, sebelum ini.
Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
Kansas City rekod kehadiran tertinggi kerana aura Lionel Messi
Aura Lionel Messi menjadi titik tolak kepada Kansas City Wizards untuk mencatat rekod kehadiran penyokong tertinggi kelab itu.
Piala Juara-Juara Concacaf: Lionel Messi gagal bantu Inter Miami ke separuh akhir
Lionel Messi kembali dalam kesebelasan utama Inter Miami namun gagal mencetus inpirasi apabila tersingkir daripada saingan Piala Juara-Juara Concacaf di tangan Monterrey di Stadium BBVA.
MLS: Lionel Messi tidak ambil masa lama untuk kembali meledak
Penyerang Inter Miami, Lionel Messi, kembali menjaringkan gol dalam kepulangannya selepas mengalami kecederaan buat pasukannya Inter Miami dan berjaya mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Colorado Rapids, awal pagi tadi.
Kecederaan hamstring ketepi Lionel Messi daripada skuad kebangsaan
Lionel Messi tidak akan beraksi untuk Argentina dalam aksi persahabatan antarabangsa mereka yang akan datang kerana kecederaan.
Lionel Messi direhatkan ketika Inter Miami tewas kepada Montreal
Lionel Messi direhatkan ketika Inter Miami tewas 2-3 di laman sendiri kepada Montreal dalam aksi Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) awal pagi tadi.
Luis Suarez setuju sertai Messi di Inter Miami
Inter Miami menandatangani bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luis Suarez, daripada kelab Brazil, Gremio untuk bagi mengharungi kempen Liga Bolasepak Utama (MLS) 2024.
Haaland-Mbappe tidak mampu ulangi dominasi Ballon d'Or era Messi-Ronaldo, kata Vertonghen
Jan Vertonghen tidak percaya akan wujud lagi dua pemain yang mampu mendominasi Ballon d'Or dalam tempoh sedekad akan datang seperti yang dicapai Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Seattle Sounders v Vancouver Whitecaps: Sartini targets immediate response
Preview: Seattle v Vancouver
NBA: Siakam leads Pacers past Knicks to force Game 7 in East semifinals
Pacers force Game 7 in East semis
San Jose Earthquakes v Orlando City: Gonzalez certain things will turn
The struggling San Jose Earthquakes host Orlando City in MLS this weekend.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg): Saints set up play-off final with Leeds United
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg)
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Mitrovic scores last-gasp penalty
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Marc Skinner signs Manchester United Women contract extension
Marc Skinner to stay on at Man Utd
IPL: Mumbai Indians condemned to last-place finish after 18-run defeat to Super Giants
Indians consigned to last place