Selangor mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Cabaran 2024/25 selepas menang agregat 8-1 ke atas Kelantan Darul Naim.
Perlawanan suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, The Red Giants menjinakkan The Golden Deers, 3-0.
Gol Selangor dihasilkan Sharul Nazeem Zulpakar (m-10), Ronnie Fernandez (m-46) dan Ahmad Danial Ahmad Asri (m-61) membolehkan skuad Katsuhito Kinoshi menempah slot berdepan pemenang satu lagi perlawanan suku akhir, antara Penang FC berdepan PT Athletic.
— Selangor FC (@selangorfc) December 22, 2024
Sementara itu, Kedah Darul Aman juga mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan cabaran kelab Liga A1 Semi-Pro, Kuala Lumpur Rovers, dengan agregat 6-0.
Perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan gol Kedah Darul Aman dijelmakan Hasbullah Abu Bakar (m-44), Aiman Afif Afizul (m-75) dan Amirul Hisyam Awang Kechik (m-93).
? HIGHLIGHTS: @selangorfc 3-0 Kelantan Darul Naim FC
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 22, 2024
Selangor FC mara ke Separuh Akhir MFL Challenge Cup 2024-2025 dengan agregat 8-1.#MFLChallengeCup2024-25 #DemiLigaKita #LigaMalaysia
Kemenangan itu membolehkan Kedah Darul Aman berdepan PDRM dalam perlawanan separuh akhir selepas The Cops menang agregat 4-3 ke atas kelab Liga A1 Semi-Pro, Melaka. - Sinar Harian