Penang difahamkan bersetuju untuk melantik Wan Rohaimi Wan Ismail selaku ketua jurulatih.

Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pengendali berusia 48 tahun itu akan menggantikan kerusi yang ditinggalkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkenaan dalam masa terdekat.

Wan Rohaimi sebelum ini memegang jawatan selaku penolong jurulatih Kuala Lumpur City FC dan satu kenyataan dijangka akan dikeluarkan Penang dalam masa terdekat.