Maddie Musselman kembali untuk penampilan Sukan Olimpik ketiga berturut-turut bersama pasukan polo air wanita Amerika Syarikat sambil menempuhi cabaran berbeza.

Pemain berusia 26 tahun itu yang pernah memintas musim seniornya di sekolah menengah untuk bermain di Olimpik, dan kemudiannya mengatasi pembedahan bahu untuk menjadi Pemain Paling Bernilai (MVP) Sukan Olimpik, berada di tengah-tengah badai kehidupan.

Suami Musselman, Pat Woepse, menghidap kanser paru-paru tahap empat yang jarang berlaku.

Sebilangan dalam komuniti polo air SoCal tertanya-tanya sama ada Musselman akan menolak penampilan ke Sukan Olimpik Paris kerana penyakit yang dialami Woepse.

Musselman mempunyai keraguan sendiri tentang bermain tetapi dia bukan sahaja akan berada di dalam air untuk Pasukan AS bermula 27 Julai menentang Greece, dia akan mendapat inspirasi daripada kelibat suaminya di sebalik berjuang menghadapi kanser.

"Dia mendorong saya," kata Musselman.

“Anda bermain untuk negara. Anda bermain untuk rakan sepasukan tetapi setiap individu mempunyai perjalanan dan kisah mereka sendiri untuk diceritakan dan anda membentuk cerita itu bersama-sama untuk membentuk pasukan anda.”

"Dan saya saya bermain demi Pat," tambahnya. "Kami akan melalui saat sukar ini bersama."

Musselman dan Woepse telah berkahwin 30 September tahun lalu. Bekas pemain polo air UCLA dan Orange County telah bertunang pada bulan Jun tetapi mengubah rancangan perkahwinan mereka kerana diagnosis kanser Woepse pada pertengahan September.

Woepse, yang bermain di Mater Dei, mengetahui diagnosisnya sejurus selepas menyempurnakan renang Selat Inggeris sejauh 21 batu pada hari lahirnya yang ke-30 pada 10 Ogos 2023.

"Dia mengalami batuk dan kami tidak tahu apa puncanya," kata Musselman.

"Kami fikir ia seperti radang paru-paru atau Bronkitis dan dia makan ubat tetapi dia berenang melepasi selat itu dengan kanser tahap empat."