Wakil Amerika Syarikat, Noah Lyles, muncul juara acara tumpuan dalam sukan olahraga iaitu 100m di Stade de France sebentar tadi.

Kepantasan pelari berusia 27 tahun itu berjaya menewaskan musuh tradisi dari Jamaica, Kishane Thompson, untuk menggondol pingat emas sekali gus dinobatkan sebagai pelari terpantas dunia sukan berprestij itu.


Meskipun merekodkan catatan masa yang sama bersama Thompson iaitu 9.79s namun, Lyles terlebih dahulu melepasi garisan sebelum keputusan akhir diumumkan secara rasmi menyaksikan Lyles berhasil mencuri gelaran tersebut.



Pingat gangsa diraih oleh rakan senegaranya, Fred Kerley, yang menduduki tempat ketiga dengan catatan 9.81s.