Atlet Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah, Mark Paladius, merampas posisi juara Kejohanan Olahraga Majlis Sekolah Sukan Malaysia (MSSM) yang menjadi milik Muhammad Imran Abdullah daripada MSS Pahang dalam percubaaan lompat kijang B-18.

Imran terlebih dahulu di hadapan dengan catatan 14.77 meter menerusi percubaan keempat di Stadium Perak hari ini, sebelum Mark yang mempunyai tubuh lebih kecil secara tiba-tiba membuat lompatan emas sejauh 14.96m dalam usaha terakhirnya.






"Perasaan saya gembira, bangga dapat mengatasi wakil Pahang. Dalam lompatan terakhir tadi saya tidak berapa yakin tapi saya berdoa untuk berjaya. Lompatan ini untuk Negeri Sabah, ibu bapa dan juga jurulatih saya." katanya.