Atlet olahraga negara berjaya menempah tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun dengan catatan masa yang membanggakan di Terbuka Filipina.

Atlet olahraga negara berjaya menempah tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun dengan catatan masa yang membanggakan di Terbuka Filipina.

Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun bakal membuka tirai pada Ogos ini di Lima, Peru.

Muhd Fiross Mohd Faizal langkah kanan apabila dapat menempah diri ke Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun itu.

Wartawan Astro Arena, Karl Nunis menerusi akaun Twitter melaporkan atlet berusia 18 tahun itu berjaya mencatat 13.83 saat dalam saiang akhir 110m Terbuka Filipina.


Muhd Fiross ungguli pingat emas di Kejohanan Olahraga Filipina 2024 yang berlangsung di Philsports, Pasig City dengan perbezaan 1.43 saat dengan atlet berusia 19 tahun.

Syabas Muhd Fiross Mohd Faizal!