Shaiful Shamsudin
Sun Feb 05 2023
ROMA 2 EMPOLI 0
Jose Mourinho menempelak pengkritik Roma selepas kemenangan 2-0 ke atas Empoli, awal pagi tadi, sambil mengingatkan kepada peminat bahawa dia berpeluang meninggalkan kelab itu pada Disember lalu.
Bekas pengurus Chelsea, Real Madrid dan Manchester United itu telah meletakkan Roma di laluan tiket ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan, tetapi dia berasakan masih kurang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sendiri.
Jaringan daripada Roger Ibanez dan Tammy Abraham dalam tempoh enam minit pembukaan permainan memastikan mereka melonjak ke tangga ketiga Serie A.
Khidmat Mourinho ditagih Portugal yang gagal menyerlah dalam Piala Dunia di Qatar, tetapi pengurus berusia 60 tahun itu memilih untuk kekal bersama Roma sambil berharap ia akan menjadi satu langkah yang bijak.
Kekalahan tipis kepada pendahulu, Napoli, minggu lalu disusuli tersungkur dalam suku akhir Coppa Italia di tangan pembunuh gergasi di Itali musim ini, Cremonese, telah mencalarkan reputasinya kebelakangan ini.
Peminat Roma turut mencemuhnya ketika mereka terus bergelut dengan kekecewaan piala itu dan kapten, Lorenzo Pellegrini, tidak terlepas daripada ejekan ketika dia dikeluarkan pada masa kecederaan.
Dan Mourinho berkata: "Pellegrini mempunyai seorang pengurus yang menghormatinya dan menghormati segala yang diusahakannya buat pasukan. Daripada 60,000 orang, mungkin 20, 30, 50 orang mengejeknya."
Pengendali itu mengakui mempunyai pilihan terbatas di bangku simpanan dan berkata menewaskan Empoli harus dianggap sebagai satu kemenangan yang cukup bagus memandang mereka menentang sebuah pasukan yang sangat sukar.
Mourinho menambah: "Sesetengah peminat tidak memahaminya, tetapi ini lumrah. Peminat menyanyangi kelab tetapi bola sepak bukan bidang mereka.
"Jelas sekali ada yang memahaminya dan pihak media juga sepatutnya faham kerana ia tugas mereka tetapi ada yang berpura-pura tidak sedar mengenai realiti yang kami hadapi."
Bastian Schweinsteiger diusir dari bilik persalinan United
Pemenang Piala Dunia edisi 2014,, Bastian Schweinsteiger, mendedahkan cerita sebenar mengenainya bersama Jose Mourinho ketika bermain bersama pasukan Manchester United.
Jose Mourinho sedia kembali gegarkan arena bola sepak
Jose Mourinho sudah bersedia untuk kembali ke dunia bola sepak, selepas perkembangan dalam pasaran pengurusan telah mencipta peluang untuknya.
Jose Mourinho anggap dia bukan jurulatih Manchester United?
Jurulatih berpenggalaman, Jose Mourinho, mendedahkan beberapa konflik hangat ketika dia menjadi pengurus pasukan Manchester United lima tahun lalu dimana kelab itu terlalu banyak membebankan dia dengan tanggungjawab yang banyak selain pengurusan organisasi yang tidak teratur sebelum ini.
Jose Mourinho ingin kembali ke Manchester United?
Selepas aksi agak hambar Manchester United di bawah Erik Ten Hag musim ini, terdapat spekulasi bahawa bekas pengurus Red Devils, Jose Mourinho dikatakan ingin kembali ketuai pasukan itu
Mourinho tahan sebak tinggalkan lapangan latihan Roma selepas dipecat
Jose Mourinho kelihatan menahan sebak ketika dia meinggalkan lapangan latihan Roma selepas dipecat.
Seria A: Jodoh Mourinho, AS Roma berakhir
Gergasi Itali, AS Roma, mengumumkan mereka sudah berpisah dengan ketua jurulatih, Jose Mourinho, susulan prestasi hambar yang ditampilkan juara tiga kali Serie A berkenaan.
EPL: Mourinho dedah sebab United tidak akan berjaya
Bekas pengendali Manchester United, Jose Mourinho, memberitahu The Red Devils tidak akan berjaya selagi terdapat beberapa pemain dan kakitangan yang bermasalah di kelab itu.
Mourinho tidak pasti Dybala akan kekal bersama Roma
Jose Mourinho masih ragu-ragu mengenai masa depan Paulo Dybala di Roma berhubung hubungan pemain Argentina itu dengan perpindahan ke Chelsea pada musim panas ini.
Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho, telah dikenakan penggantungan 10 perlawanan pada permulaan musim Serie A atas komen yang dibuatnya mengenai pengadil.
UEL: Jose Mourinho didakwa UEFA gara-gara kritik pengadil
Jose Mourinho didakwa oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) gara-gara kritikannya ke atas pengadil, Anthony Taylor, selepas AS Roma tewas kepada Sevilla dalam final Liga Europa (UEL) di Budapest awal pagi kelmarin.
Atlanta United v Minnesota United: Five Stripes not concerned by winless run
Atlanta United have not won in four games, and have the in-form Minnesota United next up on Saturday.
D.C. United v Philadelphia Union: Gazdag eyes response after landmark goal overshadowed
Daniel Gazdag became the Philadelphia Union's all-time leading goalscorer earlier this week, but it counted for little.
Charlotte FC v Portland Timbers: Hosts target 90-minute display, Neville rues slow starts
Two out-of-form teams meet at Bank of America Stadium in MLS this weekend, with Charlotte FC hosting the Portland Timbers.
Sabalenka sets up Swiatek rematch at Madrid Open
Sabalenka edges out Rybakina
Saudi Pro League: Mahrez and Firmino on target as Al-Ahli tighten grip on third place
Firmino and Mahrez net for Al-Ahli
Europa Conference League: Aston Villa stunned by Olympiacos
Villa stunned in Conference League
Europa League: Wirtz and Andrich goals put Leverkusen on the brink, Marseille hold Atalanta
Leverkusen put one foot in final
'Just work hard mate' – Postecoglou's simple answer to Tottenham's tricky question
Hardy work the key for Spurs
Chelsea 2-0 Tottenham: Chalobah and Jackson goals dent Spurs' top-four hopes
Report: Chelsea 2-0 Tottenham
Campana not concerned by competing with Messi for Inter Miami records
Preview: Inter Miami v NYRB