Pemain badminton beregu wanita negara, Lee Meng Yean, menyasarkan untuk berada dalam kelompok pasangan 10 terbaik dunia bersama Chow Mei Kuan selepas kembali digandingkan pada awal tahun lalu.
Pemain kelahiran Melaka itu berhasrat melonjakkan dirinya dalam kelompok 10 terbaik dunia sambil menetapkan status beregu nombor satu negara sebagai sasaran utama.
Dia dan Mei Kuan, yang kini berada di tangga ke-27 dunia, serius untuk mempertingkatkan prestasi selepas pencapaian terbaik yang diraih setakat ini sekadar ke separuh akhir Grand Prix Emas Terbuka Macau, tahun lalu.
"Saya menyasarkan kelompok 10 terbaik dunia dan berharap ia dapat dicapai pada tahun depan,” ujarnya.
Meng Yean, yang pernah beraksi dalam acara beregu campuran, berharap gandingannya bersama Mei Kuan akan terus dikekalkan dan dalam masa sama, dia mengakui lebih selesa beraksi dalam acara beregu wanita berbanding beregu campuran.
"Saya tidak berdepan apa-apa masalah bergandingan dengan Mei Kuan kerana kami sudah mula mendapat persefahaman. Jika ada sebarang perkara, kami akan berbincang," katanya.
Ujian pertama buat pasangan itu selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 adalah Kejohanan Siri Super di Jepun yang bakal bermula Selasa depan.
Penulis Jemputan
Wed Sep 13 2017
Tan Bin Shen ingin tinggalkan BAM dengan kenangan manis
Tan Bin Shen yang sah akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 13 Januari depan merumuskan bahawa dia berjaya mencapai 60 peratus daripada sasaran peribadi yang diamanahkan ke atasnya sejak mengambil-alih tugas sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara pada 2020.
Terbuka Malaysia: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin siap siaga tempuhi jalan kian berliku
Beregu campuran , Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, jadikan momentum postif selaku finalis Masters China pada bulan lalu sebagai tonik untuk mengekalkan ketekalan prestasi dalam kejohanan pembukaan kalendar -- Terbuka Malaysia bertaraf super 1000 yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 7 hingga 12 Januari depan.
Tidak ke BAM, Wong Tat Meng menanti masa untuk bersara
Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng, menafikan khabar angin bahawa dia dirisik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk membantu Kenneth Jonassen dalam sektor perseorangan kebangsaan.
Tiga perkara mengenai jurulatih baharu Lee Zii Jia, Yeoh Kay Bin
Yeoh Kay Bin diumumkan sebagai ketua jurulatih terbaru perseorang lelaki negara, Lee Zii Jia, pada Hari Natal, selepas pemergian Wong Tat Meng. Stadium Astro mengkaji latar belakang dan berkongsi pencapaian bekas pemain kebangsaan itu.
Goh Sze Fei umum pertunangan
Pemain beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei, mengikat tali pertunangannya dengan Yoke Shan semalam.
Rosman beri pesanan buat Pearly-Thinaah menjelang musim 2025
Jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, memberi kata dua buat Pearly Tan-M. Thinaah, jika gandingan beregu di ranking keenam dunia itu mahu mengulangi musim cemerlang pada 2025.
Jurulatih dilantik perlu punyai kriteria keperluan pemain -- Kien Keat
Susulan situasi Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengemukakan cadangan pengganti Tan Bin Shen serta menyerahkan segala keputusan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memilih calon terbaik bagi membimbing mereka ke satu tahap lebih tinggi.
Naib juara dunia remaja 1998 kini jurulatih Lee Zii Jia
Bekas pemain Malaysia, Yeoh Kay Bin, diumumkan sebagai jurulatih baru kepada perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia.
Tang Jie-Ee Wei jadikan Zheng Siwei figura terbaik kekalkan momentum
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mempunyai aspirasi tersendiri untuk mengekalkan prestasi memukau ketika ini selepas pasca layak ke pentas Final Jelajah Dunia BWF yang lalu.
Mara ke separuh akhir pencapaian di luar jangkaan kami tahun ini -- Shevon Lai
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai membara untuk melakar lebih banyak kejayaan pada musim 2025 selepas mengharungi tahun ini dengan prestasi yang membanggakan.
Dyche sees Everton's confidence growing ahead of Forest clash
Preview: Everton v Forest
Rice hopes 2025 'brings trophies' for Arsenal after narrow Ipswich win
Rice hopes 2025 'brings trophies'
Kings fire coach Mike Brown in third season
Kings fire coach Mike Brown
Frank and Hurzeler disagree on 'fair result' as Brentford hold Brighton
Hurzeler irked by Brentford draw
Arsenal 1-0 Ipswich Town: Havertz strike sends Gunners second
Report: Arsenal 1-0 Ipswich
Brighton 0-0 Brentford: Hosts frustrated as Bees pick up rare away point
Report: Brighton 0-0 Brentford
Ronaldo backs Man Utd to 'rise again' under Amorim
Ronaldo: Man Utd will 'rise again'
Postecoglou eyeing Tottenham reinforcements in transfer window
Ange: Spurs need reinforcements
Stoke part company with head coach Pelach
Pelach departs Stoke
Slot hails 'outstanding leader' Van Dijk despite lack of contract update
Slot hails Reds 'leader' Van Dijk