Muzaffar Musa
Tue Mar 08 2022
Bekas pemain sayap Liverpool, Xerdan Shaqiri, percaya bekas kelabnya itu boleh memenangi empat gelaran musim ini pada ketika pemenang Piala Liga Inggeris (EFL) itu sedang bersiap sedia menghadapi Inter Milan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok.
Pemain berusia 30 tahun itu, yang kini beraksi dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bersama Chicago Fire sejak bulan lalu, memenangi UCL, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala Dunia Kelab FIFA sepanjang tiga tahun di Anfield.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu menewaskan Chelsea dalam final Piala EFL bulan lalu dan sedang bersiap sedia menghadapi perlawanan kedua pusingan 16 UCL menentang juara Itali berkenaan berbekalkan kelebihan dua gol yang diperoleh dalam perlawanan pertama di San Siro.
The Reds juga kini hanya dibezakan enam mata dengan pendahulu EPL, Manchester City, dan layak ke suku akhir Piala FA, sekali gus memperlihatkan kemungkinan untuk mereka melengkapkan empat gelaran musim ini, yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan.
Shaqiri, yang menjaringkan lapan gol sepanjang 63 penampilan bersama kelab itu, berbicara mengenai peluang The Reds melakukan perkara berkenaan seandainya dapat mengekalkan tahap kecergasan pemain mereka.
"Mereka perlu melakukan segala-galanya dengan sempurna jika mahu memenagi kesemua gelaran," kata Shaqiri kepada Sky Sports.
"Tetapi jika ada ada pasukan yang mampu melakukannya, sudah pasti pasukan itu adalah Liverpool.
"Saya fikir adalah penting untuk mereka melalui dari satu kejohanan ke satu kejohanan kerana terdapat banyak yang perlu dilalui mereka selepas Piala EFL dan mereka masih bertanding dalam kesemua kejohanan itu.
"Semua pemain perlu kekal cergas dan sihat kerana kecederaan akan menjadi amat sukar untuk dihadapi tetapi Liverpool mempunyai pasukan yang hebat dan dapat melaluinya dengan segala-galanya sehingga hari ini.
"Saya benar-benar menantikan penghujung musim ini untuk melihat bagaimana penamat mereka tetapi segala-galanya boleh berlaku," katanya.
EPL: Klopp kecewa Liverpool gagal pertahan kelebihan dua gol
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui kecewa apabila pasukannya melakukan kesilapan pada saat-saat akhir yang membenarkan lawan memperoleh dua gol ketika terikat 3-3 dengan Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi tadi.
EPL: Dua gol dramatik Duran pastikan Villa bangkit ikat Liverpool
Dua gol dramatik Jhon Duran pada lewat permainan memastikan Aston Villa bangkit mengikat Liverpool 3-3 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi tadi.
Arne Slot ialah orang yang tepat kemudi Liverpool -- Meulensteen
Bekas pemain Belanda, Rene Meulensteen, berpendapat bahawa Arne Slot, ialah orang yang tepat untuk menggantikan jurulatih Livepool, Jurgen Klopp, bagi mengisi jawatan yang bakal ditinggalkannya itu.
EPL: Jurgen Klopp pertahan nasib malang Darwin Nunez
Ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan bahawa dia tidak mengendahkan sebarang spekulasi mengenai masa depan bekas penyerang S.L. Benfica, Darwin Nunez, dan mempertahan nasib penyerang itu.
Anfield tetap gelanggang istimewa buat Liverpool! - Jurgen Klopp
Jurgen Klopp tetap menganggap Anfield kekal sebagai gelanggang keramat dan istimewa yang tidak mudah dikuasai musuh termasuk dalam aksi yang berlangsung ketika berdepan Tottenham malam tadi.
Darwin Nunez padam gambar Liverpool di Instagram?
Perbincangan mengenai Darwin Nunez yang berpotensi meninggalkan Liverpool musim panas ini berterusan apabila penyerang itu sudah memberikan petanda apabila memadam yang berkait dengan Liverpool di Instagram.
Mo Salah cipta sejarah baru Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila dia menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Harga jersi Liverpool naik melambung, Nike berdepan kecaman netizen
Nike telah dipersalahkan atas kenaikan harga jersi baharu Liverpool berikutan pelancarannya semalam.
Skuad wanita Liverpool menang dramatik tewaskan Chelsea
Harapan Chelsea untuk merangkul Kejuaraan Liga Super Wanita kelima beturut-turut tergantung selepas kekelahan dramatik 4-3 kepada Liverpool dengan menyaksikan Gemma Bonner menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk The Reds.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Bekas pertahanan Belanda, Ron Vlaar, percaya Arne Slot tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris apabila dia mengambil alih jawatan pengurus Liverpool.
Afridi lauds 'world class' Babar and Rizwan as Pakistan win Ireland series
Pakistan had Babar Azam and Mohammad Rizwan to thank for their T20I series-clinching victory over Ireland on Tuesday.
Ten Hag confident over Fernandes stay despite reported Bayern interest in Man Utd star
Erik ten Hag expects to keep Bruno Fernandes at Old Trafford despite reports over a move away from Manchester United.
Hayes enjoying tense WSL tile race as Chelsea stint winds down
Emma Hayes is enjoying her final week as Chelsea boss, with the Blues still in with a great chance of winning the WSL title.
Woods targets second Valhalla success at PGA Championship
Having triumphed at Valhalla Golf Club in 2000, Tiger Woods returns on Thursday with his eyes on the top prize once more.
Milan striker Giroud to join LAFC
Giroud to join LAFC
Swiatek soars past Keys to seal Italian Open semi-final spot
Swiatek into Italian Open semis
Philadelphia Union v New York City FC: Cushing salutes togetherness of in-form NYCFC
Nick Cushing is thrilled by the recent intensity and culture within New York City FC ahead of their trip to Philadelphia Union.
Ten Hag reveals Martinez could return when Man Utd host Newcastle
Ten Hag: Lisandro could return
Pochettino admits European qualification 'would be amazing' for Chelsea
Poch targets European qualification
PSG warming up for Coupe de France final
PSG gearing up for CdF final