Ronald Koeman menyambut baik cadangan untuk Lionel Messi kembali ke pangkuan Barcelona dan percaya bintang Argentina itu masih pemain terbaik dunia.
Bekas ketua jurulatih Barcelona itu merupakan pengendali pasukan berkenaan ketika musim terakhir Messi di Catalan sebelum dia meninggalkan Barca dengan penuh beremosi untuk menyertai pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Barca memecat pengendali berbangsa Jerman itu pada 2021 sebelum individu berusia 60 tahun berkenaan dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda bagi menggantikan Lois van Gaal, yang mengumumkan persaraannya selepas Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu.
Koeman sudah pasti tidak akan kembali ke Barca dalam waktu terdekat ini tetapi dia berharap Messi dapat pulang ke pangkuan kelab itu dengan terdapat desas-desus mengatakan perpindahan berkenaan sudah semakin hampir untuk berlaku.
"Messi merupakan pemain terbaik dunia dan ketika dia pergi, keadaan menjadi sukar.
"Pasukan yang memilikinya akan menjadi lebih kuat. Pemergiannya dari Barca merupakan hari yang amat buruk.
"Melihat Leo menyarung jersi pasukan lain melukakan hati saya. Ia (Barca) adalah rumahnya, di mana dia sepatutnya berada.
"Ia bukan sesuatu yang baik apabila lembaga memilih untuk tidak mengekalkannya tetapi saya kini berharap Messi akan kembali menjadi pemain Barca," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Apr 13 2023
PDRM sebar lakaran wajah, kesan suspek 30an simbah asid ke Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia hari ini menyebarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid ke bintang bola sepak Harimau Malaya dan Selangor.
Jalis Elias kongsi keterujaan bermain bersama JDT
Bintang baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Jalil Elias, menjadikan debut bersama skuad Harimau Selatan itu sebagai lonjakan semangat untukn mengharungi musim pertamanya dalam Liga Super Malaysia.
Liga Super: Penang, Terengganu sekadar raih satu mata
Pertembungan di antara pasukan utara tanah air, Penang, dan gergasi Liga Super Malaysia, Terengganu, berakhir dengan jaringan
Separuh masa Liga Super: Penang, Terengganu terikat tanpa jaringan
Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan seimbang di antara pasukan tuan rumah, Penang, dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu.
Kesebelasan utama: Terengganu senarai Akhyar Rashid hadapi Penang
Perlawanan terakhir minggu kedua Liga Super Malaysia membabitkan pasukan utara, Penang, dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu.
Liga Super: VAR buat Sri Pahang tak keruan sebelum ikat Kuching City
Stadium Negeri, Sarawak, menjadi medan pertembungan menarik antara pasukan tuan rumah, Kuching City, yang berjaya mematahkan semangat pasukan pelawat, Sri Pahang, untuk
Separuh masa Liga Super: Kuching City tenang dahului babak pertama
Separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah, Kuching City berjaya mendahului pasukan pelawat, Sri Pahang, di Stadium Negeri, Sarawak, ketika ini.
KDA mahu jadi seperti Selangor -- Tan Sri Mohd Daud Bakar
Pemilik Kedah Darul Aman (KDA), Tan Sri Mohd Daud Bakar, menzahirkan keresahan melihat situasi kewangan yang melanda pasukan Kedah Darul Aman (KDA) selepas masih tidak mengikat mana-mana penaja utama ketika ini.
Liga Super 2024/25: Kuching City, Sri Pahang idam tiga mata penuh
Perlawanan minggu kedua Liga Super 2024/25 menyaksikan pasukan Sri Pahang bertandang ke Stadium Negeri, Sarawak, menentang pasukan tuan rumah, Kuching City.
Selangor tubuh pasukan keselamatan, setiap pemain punya pengawal sendiri
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, mempercayai inisiatif yang diambil pihak kepimpinan tertinggi untuk meningkatkan kawalan keselamatan pasukan dapat membantu membina keyakinan pemain untuk terus beraksi dengan cemerlang di atas padang.
Knicks star Brunson fractures hand in Game 7 loss to Pacers
Brunson fractures hand
Mateta 'finishing everything that comes to him' as Palace rout Villa
Eze hails Mateta impact
Metz 0-2 Paris Saint-Germain: Ligue 1 champions make history with unbeaten away run
Report: Metz 0-2 PSG
Russell will not 'sulk' about losing position to Hamilton as Mercedes struggle again
Russell not sulking over Imola P7
Norris excited to see McLaren challenging Red Bull
Norris excited by McLaren upturn
Howe taking plenty of positives despite frustrating Newcastle campaign
Howe: We're still moving forward
Postecoglou will not settle until Tottenham hit his 'lofty ambitions'
Tottenham finished fifth in this season's Premier League table, but Ange Postecoglou wants more from his team next campaign.
Walker: Man City driven on by creating history
Walker: Man City driven by history
Ancelotti focused on fitness and rhythm despite Villarreal comeback against Madrid
Carlo pleased with Madrid
Zverev sees off Jarry to claim second Italian Open crown
Alexander Zverev claimed his first silverware of the season as he became only the third multiple Italian Open champion since 2000.