Shaiful Shamsudin
Wed Sep 23 2020
Frank de Boer memikul amanah sebagai pengurus baru Belanda apabila pelantikannya disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB), malam tadi.
Ronald Koeman meninggalkan jawatan itu bulan lalu demi mengambil alih tugasan di Barcelona berikutan pemecatan Quique Setien.
De Boer, yang membuat 112 penampilan bersama skuad Oranje dan pernah beraksi dalam dua edisi Piala Dunia, telah memeterai perjanjian selama dua tahun bagi membawa cabaran dalam Kejohanan Euro 2021 dan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Pengurus berusia 50 tahun itu menikmati permulaan karier pengurusan yang memberangsang apabila membawa Ajax meraih empat gelaran Eredivisie berturut-turut di antara 2011 dan 2014.
Bagaimanapun, pelantikannya itu mungkin mengejutkan berdasarkan rekod buruknya sejak meninggalkan kelab Amsterdam tersebut.
Bekas pertahanan itu hanya bertahan 85 hari ketika mengemudi Inter dan dipecat Crystal Palace selepas hanya memikul tanggungjawab berkenaan selama 10 minggu.
De Boer memenangi Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS) ketika membimbing kelab Liga Utama Bolasepak (MLS), Atlanta United, namun meninggalkan pasukan itu dua bulan lalu berikutan permulaan hambar musim ini.
Dia juga berpengalaman bersama pasukan kebangsaan ketika bertindak sebagai penolong jurulatih Bert van Marwijk dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang menyaksikan Belanda dikecewakan Sepanyol dalam perlawanan akhir.
Dia akan diuji dalam perlawanan persahabatan menentang Mexico pada 8 Oktober depan sebelum menentang Bosnia-Herzegovina dan Itali dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL).
Euro 2020: De Boer beri amaran Belanda tidak boleh merosot
Ketua jurulatih Belanda, Frank de Boer, memberikan amaran buat pemainnya agar tidak mempamerkan sebarang kemerosotan seandainya mahu memenangi Euro 2020.
Euro 2020: Perpindahan Depay ke Barcelona legakan De Boer
Ketua jurulatih Belanda, Frank de Boer, lega perpindahan Memphis Depay ke Barcelona telah selesai, kerana ia membebaskan gangguan persiapan saingan Euro 2020.
Euro 2020: Belanda perlu terus berkembang -- De Boer
Frank de Boer berkata penting buat Belanda 'berkembang' dalam saingan Euro 2020 selepas mereka mengatasi Austria 2-0 untuk mara ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan C.
Euro 2020: De Ligt kembali perkuat Belanda lawan Austria -- De Boer
Matthijs de Ligt akan kembali memperkuatkan Belanda menjelang pertemuan menentang Austria dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Euro 2020 awal pagi esok selepas disahkan pulih daripada kecederaan.
Euro 2020: Belanda perlu elak bazir kelebihan
Frank de Boer mengakui Belanda harus memperkukuhkan kedudukan setelah mereka membazirkan kelebihan dua gol sebelum akhirnya mengatasi Ukraine 3-2 dalam aksi pembukaan Euro 2020 awal pagi tadi.
De Boer: Belanda perlu ledak banyak gol bertemu Gibraltar
Frank de Boer menuntut kemenangan besar ketika Belanda menghadapi Gibraltar dalam kelayakan Piala Dunia esok.
Kelayakan Piala Dunia: Berghuis, De Jong pacu kebangkitan Belanda
Frank de Boer memperoleh kemenangan yang amat-amat diperlukannya apabila pasukannya, Belanda, menewaskan Latvia 2-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di laman sendiri awal pagi tadi.
De Boer enggan beri tekanan buat Van Dijk tampil dalam saingan Euro
Pengendali Belanda, Frank de Boer menerima, tidak mungkin Virgil van Dijk akan kembali beraksi sebelum musim depan dan tidak akan memberi tekanan kepada pemain pertahanan tersebut jika tidak sempat cergas untuk Euro 2020.
UNL: De Boer mula nampak hasil permainan pantas Belanda
BELANDA 3 BOSNIA-HERZEGOVINA 1 Frank de Boer lega dapat mengakhiri penantiannya meraikan kemenangan pertama sebagai pengurus Belanda dalam kemenangan 3-1 ke atas Bosnia-Herzegovina menerusi kempen Liga Negara-Negara (UNL).
Frank De Boer bawa cabaran Belanda dalam Euro 2021, Piala Dunia 2022
Frank de Boer memikul amanah sebagai pengurus baru Belanda oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB), malam tadi.
Allegri says Juventus future will become clear in next two weeks
Allegri's Juve future to be decided
'Never underestimate the heart of a champion' – Malone hails Nuggets after series-levelling win
The Denver Nuggets and Minnesota Timberwolves are locked at 2-2 ahead of Game 5 in their Western Conference semifinal series.
Atalanta not favourites for Coppa Italia final against Juventus, insists Gasperini
Atalanta 'not Coppa favourites'
All Blacks captain Cane to retire from international rugby
Cane to retire from internationals
'Stars aligning' for in-form McIlroy ahead of PGA Championship
'Stars aligning' for Rory McIlroy
NBA: Nuggets, Pacers win to even series
The Denver Nuggets and Indiana Pacers each earned pivotal Game 4 wins to even their respective NBA play-off series on Sunday.
Vilahamn wants to use FA Cup final defeat as 'beginning' for Tottenham Women
Vilahamn takes Spurs positives
'Not a good sign' – Keane unimpressed by Man Utd's injured absentees
Keane questions Man Utd injuries
Leverkusen ready to become first team to play unbeaten Bundesliga season, says Alonso
Alonso ready for Bundesliga history
Paris Saint-Germain 1-3 Toulouse: Visitors spoil Ligue 1 champions party
Report: PSG 1-3 Toulouse