Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini, menyamakan Wales dengan Stock City pada ketika dia menjangkakan tugas sukar menanti skuad Azzurri itu menjelang perlawanan terakhir peringkan Kumpulan A, Euro 2020 awal pagi esok.
Selepas mencatatkan dua kemenangan 3-0 berturut-turut, masing-masing ke atas Turki dan Switzerland, Itali sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 dan hanya perlu mengelakkan kekalahan di tangan Wales bagi mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan A.
Wales, dalam pada itu, terikat seri dengan Switzerland sebelum menewaskan Turki 2-0 dan ia bermakna mereka juga hanya memerlukan satu mata untuk meneruskan kemaraan.
Itali tidak dinafikan merupakan pasukan pilihan untuk bergelar juara edisi kali ini selepas merekodkan 10 kemenangan tanpa bolos berturut-turut.
Seandainya mereka dapat mengelakkan kekalahan dalam pertemuan itu, Itali akan menyamai rekod sepanjang zaman mereka dengan 30 perlawanan tanpa kalah berturut-turut yang kali terakhir dilakukan dari November 1935 hingga Julai 1939.
Mancini menjangkakan Wales akan memberikan saingan sukar, sama seperti Stoke ketika dia bergelar pengurus Manchester City -- dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris, Mancini hanya menang empat dan seri empat ketika berdepan The Potters.
"Stoke mempunyai gaya permainan yang amat keras, amat sukar untuk dihadapi," kata Mancini dalam sidang media.
"Ia perlawanan yang amat sukar daripada perspektif fizikal kerana mereka pasukan yang amat kuat seperti Stoke tetapi juga amat teknikal.
"Wales mempunyai pemain seperti (Joe) Allen, (Gareth) Bale dan (Daniel) James. Mereka mempunyai pemain berkualiti dan berkemahiran tinggi."
Muzaffar Musa
Sun Jun 20 2021
Penyokong mahu Terengganu terap aura Eman Manan, sasar naib juara liga
Penyokong Terengganu menyeru aura pelakon terkenal Malaysia, Eman Manan, diterapkan dalam semangat juang pasukannya dalam saingan Liga Super 2024/25 musim ini.
Legenda Everton kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT DI Padang Seri Gelam, semalam.
Faisal Halim, keluarga diberi bantuan psikologi
Selangor telah melakukan perbincangan dengan pihak hospital dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk memberikan bantuan psikologi terhadap Faisal Halim bagi menangani trauma akibat insiden simbahan asid terhadap pemain itu baru-baru ini.
Liga Super: Tomislav Steinbruckner puji semangat pemain simpanan
Bekas naib juara Piala Malaysia edisi lalu, Terengganu, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan pasukan pelawat, Perak.
Liga Super: Kesilapan sendiri membawa kepada kekalahan -- YCL
Minggu pertama Liga Super 2024/25 menyaksikan Perak gagal bangkit sepenuhnya selepas tewas kepada pasukan tuan rumah Terengganu.
Arne Slot ialah orang yang tepat kemudi Liverpool -- Meulensteen
Bekas pemain Belanda, Rene Meulensteen, berpendapat bahawa Arne Slot, ialah orang yang tepat untuk menggantikan jurulatih Livepool, Jurgen Klopp, bagi mengisi jawatan yang bakal ditinggalkannya itu.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius -- Carlo Ancelotti
Pemain tunjang Real Madrid, Vinicius Junior, merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu pasukan itu memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu piala Liga Juara-juara Eropa (UCL) keduanya.
Casemiro tidak akan ke Amerika Syarikat
Ketua jurulatih skuad Brazil, Dorival Junior, mengumunkan senarai 23 pemain menjelang kejohanan Copa America 2024 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (USA), Jun ini.
EPL: Cole Palmer antara pemain terbaik dunia -- Reece James
Persembahan memukau sepanjang musim menjadikan pemain muda berbakat, Cole Palmer, sebagai antara pemain terbaik di dunia di mata Reece James selepas membantu Chelsea bangkit menewaskan Nottingham Forest, semalam.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Pengendali kelahiran Sepanyol, Mikel Arteta, melaungkan amaran keras buat anak buahnya untuk mempamerkan aksi yang terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
Ten Hag does not regret taking Man Utd job
Ten Hag: no regrets with United job
'We're not here to play around' - Brown praises Celtics reaction
Brown praises Celtics reaction
CF Montreal 2-3 Inter Miami: Herons fight back to maintain winning run
Report: Montreal 2-3 Inter Miami
Pioli says speculation over his Milan future is part of the job
It has been a turbulent season for Milan, and their second without a trophy, with speculation now surrounding Stefano Pioli's future.
NBA: Celtics, Mavericks take 2-1 leads in conference semifinals
The Celtics bounced back from a home loss to rout the Cavaliers on the road and the Mavericks held off the Thunder
Ancelotti excited by Guler potential after Madrid teenager's goal at Granada
Vinicius Junior, Rodrygo and Jude Bellingham are among Real Madrid's stars, but Arda Guler continues to prove his worth for the future.
'The best winger on the planet' – Guardiola lauds defender Gvardiol after Fulham rout
Guardiola lauds Gvardiol heroics
Pioli lauds Milan determination after snapping winless run with Cagliari triumph
Pioli lauds Milan grit
Milan 5-1 Cagliari: Rossoneri back to winning ways after Pulisic double
Report: Milan 5-1 Cagliari
Madrid's two-goal hero Diaz turns focus to Champions League glory after Granada win
Diaz focused on CL final