MACEDONIA UTARA 0 BELANDA 3
Memphis Depay dan Georginio Wijnaldum mempamerkan prestasi cemerlang untuk menginspirasikan kemenangan 3-0 Belanda ke atas Macedonia Utara dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Euro 2020 awal pagi tadi, sekali gus membantu Oranje mencipta sejarah buat kali pertama menjaringkan dua gol atau lebih dalam 10 perlawanan berturut-turut.
Skuad kendalian Frank de Boer itu telah memastikan kemaraan lebih awal selaku juara Kumpulan C dan kempen Eropah buat lawan mereka juga sudah berakhir tanpa mengira keputusan di Amsterdam itu tetapi Macedonia Utara tetap mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tewas 0-3.
Aksi menarik dalam separuh masa pertama menyaksikan Belanda diberikan tekanan awal menerusi gol Ivan Trickovski yang dibatalkan dan percubaan Aleksandar Trajkovski pula terkena tiang.
Bagaimanapun, Belanda lebih bijak memanfaatkan peluang untuk membuka jaringan menerusi Depay.
Pemain baru Barcelona itu menemui jaringan pada minit ke-24 selepas saling bertukar hantaran dengan Donyell Malen dan dia turut melorongkan umpanan lintang rendah untuk disudahkan Wijnaldum bagi memastikan kelebihan 2-0 Belanda pada minit ke-51.
Pemain tengah Paris Saint-Germain itu kemudian menggandakan jaringannya berselang tujuh minit apabila memanfaatkan bola muntah susulan percubaan awal Depay.
Kemenangan itu juga menyaksikan Belanda menamatkan peringkat kumpulan dengan rekod bersih tiga kemenangan daripada tiga perlawanan.
Muzaffar Musa
Tue Jun 22 2021
Htet Aung bakal terlepas aksi bertemu Selangor?
Hasrat pemain sayap Negeri Sembilan, Hein Htet Aung, untuk mengekalkan momentum jaringan dalam aksi Liga Super 2024/25 tampak terbantut apabila belum pasti diturunkan bertemu Selangor Ahad ini.
Liga Super: Syed Nasrulhaq sahut saingan sihat rebut kesebelasan utama Terengganu
Penjaga gol muda Terengganu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, sedia bersaing dengan Mohd Suhaimi Husin bagi merebut posisi penjaga gol utama Sang Penyu musim ini.
Bojan Hodak cemerlang bawa Persib Bandung ke final
Bekas jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, cemerlang membawa pasukannya Persib Bandung melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Siri BRI Liga 1 Indonesia.
Faisal Halim mungkin 'discharge' lebih awal
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat mungkin dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di Shah Alam lebih awal iaitu dijangka pada minggu ini.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mecatatkan kehadiran penyokong tertinggi dengan 19,988 ribu dalam perlawanan kedua Liga Super 2024/2025, Sabtu lalu.
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Usaha yang ditampilkan Arsenal sekali lagi menuju jalan buntu apabila mereka terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris di tangan Manchester City.
PDRM sebar lakaran wajah, kesan suspek 30an simbah asid ke Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia hari ini menyebarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid ke bintang bola sepak Harimau Malaya dan Selangor.
Jalis Elias kongsi keterujaan bermain bersama JDT
Bintang baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Jalil Elias, menjadikan debut bersama skuad Harimau Selatan itu sebagai lonjakan semangat untukn mengharungi musim pertamanya dalam Liga Super Malaysia.
Liga Super: Penang, Terengganu sekadar raih satu mata
Pertembungan di antara pasukan utara tanah air, Penang, dan gergasi Liga Super Malaysia, Terengganu, berakhir dengan jaringan
Separuh masa Liga Super: Penang, Terengganu terikat tanpa jaringan
Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan seimbang di antara pasukan tuan rumah, Penang, dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu.
Pochettino leaves Chelsea after one season
Despite ensuring a top-six finish for Chelsea in the Premier League, Mauricio Pochettino will not be in charge for a second season.
IPL: KKR ease past SRH into IPL final
KKR are the first team into the Indian Premier League final after an eight-wicket victory over SRH in the opening playoff.
Putellas signs two-year deal with Barcelona
Barcelona's top goalscorer, Alexia Putellas, signed a new contract that will keep her at the club until at least 2026.
Alonso wants to write more history with Leverkusen in Europa League final
Bayer Leverkusen have already made history this season, but Xabi Alonso is not ready to stop with a potential unbeaten treble on the cards.
Southgate envisages central role for 'brilliant' Foden at Euro 2024
Gareth Southgate has promised to give Phil Foden the freedom to affect games from a central position for England at Euro 2024.
Buttler: England looking to repair dented pride at T20 World Cup
England face Pakistan in the first of four T20Is on Wednesday as they build towards the World Cup.
Shaw a 'long shot' for Euro 2024, says Southgate
Despite not playing for Manchester United since February due to injury, Luke Shaw is named in Gareth Southgate's preliminary England squad.
Southgate: Henderson will be a miss to the England squad
Southgate: we will miss Henderson
Ronaldo headlines Portugal squad for Euro 2024
Ronaldo in Portugal's Euros squad
Rashford and Henderson omitted from preliminary England squad for Euro 2024
Rashford, Henderson to miss Euros