Juara Piala FA Inggeris, Manchester United, sekali lagi akan memulakan saingan di tempat sendiri menjelang perlawanan pertama pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford, musim depan.

Menerusi kemas kini lawan sesawang pengelola liga utama England itu, musim depan akan mengorak langkah saingan dengan pasukan The Red Devils itu menjadi aksi pendahuluan menentang Fulham.

Dalam masa sama, pemenang playoff Liga Kejuaraan, Southampton, dijadualkan untuk bertemu Newcastle United di St James Park, Everton akan melayani Brighton dan Nottingham Forest pula akan bertemu Bournemouth pada hari yang sama.