Empat negara termasuk Bangladesh, Maldives, Afghanistan dan Nepal terpaksa menangguhkan hasrat untuk menguji skuad Harimau Malaya sebelum perlawanan persahabatan bertemu India, pada 19 November ini.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, antara lawan yang berpotensi dijadikan cabaran sebelum berdepan India adalah Bhutan, Sri Lanka mahupun Pakistan.





Terdahulu, skuad negara tewas 0-4 kepada New Zealand sekali gus menyaksikan anak buah Pau Marti Vicente turun satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-133 dunia berdasarkan kemas kini terbaru daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).