Pertahanan Costa Rica, Kendall Waston, menegaskan pasukannya telah bersedia untuk berdepan asakan bertali-arus Xherdan Shaqiri dan rakan sepasukan Switzerland menjelang aksi pada awal pagi esok.
Shaqiri menjaringkan gol kemenangan buat Switzerland ketika menewaskan Serbia dalam aksi kedua peringkat kumpulan, Sabtu lalu, sekali gus meletakkan pasukannya hanya selangkah ke pusingan kedua.
Pemain Stoke City itu melibatkan diri dalam lima daripada enam jaringan terakhir Switzerland dalam Piala Dunia, termasuk ledakan hatrik sewaktu menewaskan Honduras dalam saingan empat tahun lalu untuk mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terbaik.
Pengendali Switzerland, Vladimir Petkovic, menerapkan corak permainan yang berpandukan prestasi Shaqiri ketika bertemu Serbia tetapi Waston menegaskan Costa Rica perlu fokus kepada corak permainan sendiri dalam usaha untuk mengelakkan kempen Piala Dunia tanpa sebarang kemenangan.
"Shaqiri memiliki potensi bukan?" kata Waston.
"Kami sedar akan kualitinya tetapi apa yang penting adalah permainan kami. Kami harus lebih teguh dan kukuh di barisan bawah dan atas. Peluang perlu dicipta dan diharapkan mampu diterjemah kepada jaringan.
"Kebiasaannya, kami tidak meletakkan fokus secara terperinci kepada sesuatu perkara, sebaliknya melihat kepada aspek yang mampu memberikan perubahan. Anda tidak boleh berehat dalam setiap perlawanan.
"Beraksi di tahap tertinggi dalam Piala Dunia, anda perlu sentiasa berhati-hati."
Costa Rica berdepan kritikan daripada peminat mereka sendiri selepas tewas di tangan Serbia dan Brazil, sekali gus gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam aksi di Russia.
Namun, Waston, yang kini mewakili Vancouver Whitecaps di Amerika Syarikat, tetap menganggap aksi terakhir peringkat kumpulan adalah perlawanan yang penting.
"Saya tidak rasa kami bebas daripada sebarang tekanan.
"Kami mahu mendapatkan keputusan positif. Sasaran kami adalah menamatkan kempen di Russia dengan kemenangan," katanya.
Penulis Jemputan
Wed Jun 27 2018
Liverpool boleh menang empat trofi musim ini, kata Shaqiri
Bekas pemain sayap Liverpool, Xerdan Shaqiri, percaya bekas kelabnya itu boleh memenangi empat gelaran musim ini pada ketika pemenang Piala Liga Inggeris (EFL) itu sedang bersiap sedia menghadapi Inter Milan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok.
Euro 2020: Gol berganda Shaqiri buka peluang Switzerland ke pusingan 16
Switzerland berpeluang cerah meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati Euro 2020 selepas menewaskan Turki 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A awal pagi tadi.
UNL: Shaqiri bebas COVID-19 berdepan Sepanyol
Xherdan Shaqiri telah diberi lampu hijau untuk beraksi bersama Switzerland dalam pertembungan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Sepanyol di Madrid awal pagi esok selepas satu lagi ujian calitan COVID-19 ke atasnya didapati negatif.
Shaqiri bintang Liverpool ketiga positif COVID-19
Xherdan Shaqiri menjadi pemain Liverpool ketiga didapati positif COVID-19 sejak seminggu lalu.
Liverpool masih boleh jadi lebih bagus, kata Shaqiri
Xherdan Shaqiri percaya Liverpool berpotensi untuk menjadi lebih bagus selepas menikmati tahun menakjubkan pada 2019 termasuk dengan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah di Madrid.
Shaqiri mahu kekal di pentas tertinggi England
Pemain sayap Stoke City, Xherdan Shaqiri, berharap dirinya dapat kekal beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Costa Rica sedia hadapi ancaman Shaqiri
Pertahanan Costa Rica, Kendall Waston, menegaskan pasukannya telah bersedia untuk berdepan asakan bertali-arus Xherdan Shaqiri dan rakan sepasukan Switzerland menjelang aksi pada awal pagi esok.
Tiada sebab untuk tinggalkan Stoke -- Shaqiri
Pemain Switzerland, Xherdan Shaqiri, menyifatkan dia hanya akan meninggalkan Stoke City jika mendapat tawaran yang berbaloi daripada pasukan yang lebih besar.
CF Montreal 2-3 Inter Miami: Herons fight back to maintain winning run
Inter Miami made it five wins on the bounce in the MLS as they came from behind to beat CF Montreal on Saturday.
Pioli says speculation over his Milan future is part of the job
It has been a turbulent season for Milan, and their second without a trophy, with speculation now surrounding Stefano Pioli's future.
NBA: Celtics, Mavericks take 2-1 leads in conference semifinals
The Celtics bounced back from a home loss to rout the Cavaliers on the road and the Mavericks held off the Thunder
Ancelotti excited by Guler potential after Madrid teenager's goal at Granada
Vinicius Junior, Rodrygo and Jude Bellingham are among Real Madrid's stars, but Arda Guler continues to prove his worth for the future.
'The best winger on the planet' – Guardiola lauds defender Gvardiol after Fulham rout
Guardiola lauds Gvardiol heroics
Pioli lauds Milan determination after snapping winless run with Cagliari triumph
Pioli lauds Milan grit
Milan 5-1 Cagliari: Rossoneri back to winning ways after Pulisic double
Report: Milan 5-1 Cagliari
Madrid's two-goal hero Diaz turns focus to Champions League glory after Granada win
Diaz focused on CL final
Terzic slams Mainz showing after Dortmund suffer Champions League hangover
Terzic slams Dortmund showing
Wolves have work to do as promising season fizzles out, says O'Neil
O'Neil: Wolves have work to do