Pemangku Sultan Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan pandangannya mengenai perkembangan bola sepak moden di Malaysia yang dianggap gagal di laman Facebok milik Harimau Selatan itu.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu beraskan individu-individu yang gagal meresap tekanan dalam mengurus pasukan menjadi faktor utama standard bola sepak tidak berjaya ditingkatkan ke tahap yang sewajarnya.
Malah, kejayaan JDT wajar dijadikan contoh terbaik buat pasukan lain memandangkan kelab itu kini semakin berkembang pesat hingga selepas menduduki tangga pertama nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di peringkat Asia.
"Kadangkala ianya sukar untuk difahami kenapa sesetengah pihak menganggap bola sepak Malaysia sebagai gagal sedangkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah berkembang menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings. Malaysia juga telah layak ke Piala Asia untuk pertama kali sejak 40 tahun.
"Prestasi JDT di Asia telah menyumbang 21.54 (68.7%) daripada 31.33 mata ranking MA Malaysia sejak 2015 hingga membenarkan lebih banyak kelab-kelab Malaysia menyertai pertandingan Asia. JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015). JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik – termasuk perubatan – di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden.
"Ini antara pencapaian hebat yang pernah dicapai oleh mana-mana pasukan dalam Malaysia atau dalam industri bola sepak tempatan.
"Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia? Disebabkan gaji yang tertunggak, kekurangan infrastruktur bola sepak, kekurangan pembangunan akar umbi di peringkat kelab atau pengurusan yang tidak baik? Ini semua disebabkan adanya ramai individu yang tidak berkelayakan berada dalam industri sukan.
"Bola sepak tidak gagal, ianya adalah individu-individu dalam pasukan-pasukan yang gagal mengurus dan meningkatkan standard serta mereka yang sentiasa menyokong dan bukannya memberikan tekanan terhadap kegagalan itu.
"Sebelum kita menuding jari dan mencari kesalahan pada sistem atau JDT meskipun Harimau Selatan berjaya di Asia termasuk penganugerahan ‘AFC Two-Star Academy’, ianya adalah lebih wajar jika kita melihat apa yang berlaku dari dalam dan mendesak perubahan, bermula dengan pasukan masing-masing.
"Sebuah liga dengan pasukan-pasukan yang diuruskan dengan baik serta mempunyai fasiliti moden dan pembangunan program-program akar umbi yang kuat di peringkat kelab akan meningkatkan lagi standardnya." katanya.
Saufi Tahir
Sun Nov 17 2024
Unifi Piala Malaysia: Sony Norde hadiahkan bekalan terakhir buat Kedah Darul Aman, Perak pulang dengan senyuman
Lima jaringan dihasilkan di Alor Setar yang menyaksikan Kedah Darul Aman merekodkan kemenangan 3-2 keatas Kuala Lumpur (KL) City, sebentar tadi. B
Unifi Piala Malaysia: Dua gol Sony Norde gegar Stadium Darul Aman
Kedah Darul Aman mendahului Kuala Lumpur (KL) City 2-1 selepas 45 minit pertama menerusi ledakan pemain import, Sony Norde, dalam tempoh tiga minit.
Kesebelasan utama Unifi Piala Malaysia: Syafiq Ahmad, Sony Norde ketuai cabaran Sang Kenari gempur The City Boys
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain, mempertaruhkan barisan terbaiknya menjelang pertemuan pusingan pertama Unifi Piala Malaysia 2024 berdepan Kuala Lumpur (KL) City, di Stadium Darul Aman, sebentar lagi.
Unifi Piala Malaysia: Rekod bolos di Temerloh bikin Sri Pahang gusar Selangor
Selepas dibolosi enam gol dalam empat perlawanan terakhir mencerminkan kerapuhan benteng Sri Pahang menuntut Fandi Ahmad secara terbuka meluahkan kegusarannya terhadap kualiti persembahan di bahagian penjaga gol.
Unifi Piala Malaysia: Miroslav Kuljanac enggan ambil ringan cabaran Sang Kenari
Menjelang pertemuan pusingan pertama Unifi Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman (KDA) berdepan Kuala Lumpur (KL) City, ketua jurulatih The City Boys, Miroslav Kuljanac, tidak mahu mengambil ringan terhadap beberapa isu yang melanda pasukan tuan rumah ketika ini.
Unifi Piala Malaysia: Jersi ketiga Kedah Darul Aman angkat legasi Sang Kenari
Kedah Darul Aman (KDA) melancarkan jersi ketiga berwarna Hijau, Kuning dan Merah dengan maskot Burung Kenari yang ikonik mencuri tumpuan apabila dijadikan logo utama skuad Hijau Merah itu.
Kisah Disebalik Bola -- Suara Kemenangan
Semangat merentasi penglihatan -- bola sepak lebih daripada apa yang disaksikan, dirasa, didengar dan dikongsi menerusi setiap detik. Semangat Iwan buat Perak membuktikan cinta terhadap bola tiada batasnya.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Bekas bintang muda Liga Perdana Inggeris, Causso Darame, telah dipenjara kerana menikam remaja berusia 19 tahun itu hingga lumpuh.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Kelantan Darul Naim lawan Perak
Kelantan Darul Naim akan bertemu Perak dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Petaling Jaya malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Kedah Darul Aman lawan KL City
Dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City, akan bertembung dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam esok.
Arsenal handed another injury blow as White ruled out for 'months'
White ruled out for months
England must be 'brave on the ball' to halt winless run, says Borthwick
Borthwick: England must be brave
'Like driving on ice' - Verstappen and Red Bull struggle in Vegas practice
Verstappen upset with Red Bull car
Starc hails 'fantastic bowler' Bumrah after day one in Perth
Starc hails Bumrah's bowling
Conte hopes for Ranieri's success at Roma after Napoli clash
Conte hopes for Ranieri success
Martino resigns as Inter Miami coach after early playoff exit
Martino leaves Inter Miami
Fonseca: Milan have 'respect' but 'are not afraid' of Juventus
Fonseca: Milan not afraid of Juve
'Right guy at the right time' - Amorim confident of changing Man Utd's fortunes
Amorim confident of making impact
'It's a shame' - Alonso confirms Leverkusen's Boniface out with thigh injury
Boniface out with thigh injury
Girona handed huge injury boosts ahead of Espanyol clash
Girona handed injury boosts