Penyerang Manchester City, Erling Haaland, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Sukan (FWA) sambil penyerang Chelsea, Sam Kerr, pula dinobatkan sebagai pemenang kategori wanita.
Haaland, 22, sedang menikmati musim pertamanya yang cukup cemerlang bersama City, di mana dia menjaringkan 51 gol dalam kesemua kejohanan untuk membantu pasukan bimbingan Pep Guardiola itu berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan layak ke final Piala FA selain sedang bersaing dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Pemain kebangsaan Norway itu menerima 82 peratus undian FWA, jauh mengatasi dua pemain Arsenal, iaitu Bukayo Saka dan Martin Odegaard.
Penyerang Australia, Kerr, 29, memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Wanita buat kali kedua berturut-turut, di mana pemain Aston Villa, Rachel Daly, dan rakan sepasukannya di Chelsea, Lauren James, melengkapkan kedudukan tiga teratas.
Kerr menjaringkan 26 gol dalam 34 penampilan bersama kelab itu musim ini untuk membantu Chelsea, yang kini berada di tangga kedua Liga Super Wanita, layak ke final Piala FA dan separuh akhir UCL.
Haaland dan Kerr akan menerima penganugerahan itu pada majlis makan malam ulang tahun ke-75 FWA di London pada 25 Mei ini.
Muzaffar Musa
Sat May 13 2023
Unifi Piala Malaysia: JDT mudah ke separuh akhir singkir KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia dengan kelebihan agregat 6-1 selepas menewaskan Kuala Lumpur City 4-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Reaksi penyokong Malaysia: Mahu pemain JDT perkuat Harimau Malaya, tuntut beberapa kelab beri kerjasama penuh
Penyokong bola sepak negara memberikan reaksi berbeza selepas menyaksikan Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 ketika diikat Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Piala Dunia Wanita 2027: Netflix sah penyiar rasmi perlawanan secara langsung
Aplikasi penstriman, Netflix, secara rasmi memperoleh hak penyiaran untuk menayangkan liputan langsung Piala Dunia Wanita 2027 dan 2031 di Amerika Syarikat.
Piala AMEC: Info siaran langsung (live streaming) Indonesia vs Filipina
Indonesia akan berdepan misi wajib menang menentang Filipina dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Manahan, Surakarta malam ini.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Terengganu lawan Negeri Sembilan
Terengganu akan melayani kunjungan Negeri Sembilan bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Seladang atau Tok Gajah ke separuh akhir Piala Malaysia?
Sri Pahang mempunyai kelebihan satu gol berdepan Perak dalam suku akhir pertama Unifi Piala Malaysia.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) JDT lawan KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melayani kunjungan Kuala Lumpur City bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri petang ini.
PDRM buka siasatan insiden pergaduhan penyokong di LRT
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pergaduhan antara penyokong bola sepak yang berlaku di transit aliran ringan (LRT) Stesen Bandar Tasik Selatan, semalam.
Piala AMEC: Wan Kuzain terkejut lihat aksi mantap Singapura singkir Harimau Malaya
Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Ahmad, terkejut melihat kawalan bola yang dipamerkan Singapura ketika menyingkirkan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, sebentar tadi.
Piala AMEC: Sukar bermain di Bukit Jalil, pujian buat Singapura -- Safuwan Baharudin
Pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin, memberikan pujian atas usaha pasukannya mengekang Malaysia memperoleh kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Mourinho to endure unhappy Christmas as Fenerbahce lose ground on Galatasaray
Mourinho to have unhappy Christmas
Orlando sell Torres to Palmeiras for club-record fee
Torres leaves Orlando for Palmeiras
Woods 'not competitive' ahead of return at PNC Championships
Woods: I am not competitive
Postecoglou demands 'more respect' for Premier League managers
Postecoglou demands more respect
Rivers laments lack of rest after NBA Cup triumph following Cavs defeat
Rivers laments lack of rest
Embiid vows to 'play at 50%' after big return for Sixers
Embiid vows to 'play at 50%'
Atlanta appoint former MLS Cup winner Deila as new head coach
Atalanta appoint Deila
Fonseca delighted to see injury-hit Milan escape rut
Fonseca hails injury-hit Milan
Girona boss Michel eyeing European football again after Valladolid win
Michel eyeing European football
Amorim buoyed by Man Utd improvements despite latest defeat
Preview: Man Utd v Bournemouth