Lilitan lengan hitam akan dipakai dan seminit berrtafakur akan diadakan dalam perlawanan persahabatan di antara England dan Australia di Stadium Wembley awal pagi esok.

Ia sebagai memperingati mangsa konflik Israel dan Palestin di Timur Tengah.

Persatuan Bolasepak England (FA) mengesahkan bahawa mereka akan melakukan upacara itu berikutan situasi tegang di Timur Tengah melibatkan pejuang Hamas dan tentera Israel.

"Pada petang Jumaat, kami akan memperingati mangsa tidak berdosa dalam kehancuran yang berlaku di Israel dan Palestin," kata FA dalam satu kenyataan.