Malaysia tunduk kepada China 4 berbalas 2 dalam perlawanan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia.
Ia bukan permulaan baik buat anak buah Sarjit Singh apabila ketinggalan kepada China di suku pertama.
Gol berpunca daripada pukulan sudut penalti dengan Gao Jiesheng melakukan tolakan deras yang gagal diselamatkan penjaga gol negara, Zaimi Mat Deris pada minit kesembilan.
Malaysia cuba mengatur gerakan untuk mencari gol penyamaan.
Dan usaha mereka berhasil menerusi gol padang Azrai Abu Kamal.
China menggandakan asakan di suku ketiga dan dihadiahkan penalti stroke tetapi penjaga Zaimi cemerlang menampan tolakan kapten China, Meng Dihao.
Tapi China tidak berputus asa apabila berjaya jaringkan dua gol di suku ketiga untuk kelebihan 31 menerusi pukulan sudut penalti dan juga gol padang.
Suku keempat anak buah Sarjit cuba mencipta kebangkitan dan merapatkan jurang dengan gol kedua yang disempurnakan Faizal Saari menerusi pukulan sudut penalti.
Namun China kembali memastikan kelebihan dua gol apabila Chao Jieming menyempurnakan penalti stroke untuk kedudukan 4-2.
Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.
"Ini bukan keputusan yang diinginkan. Ada beberapa kesilapan dilakukan pemain sehingga membenarkan pemain lawan menjaringkan gol padang dan PC. Kami juga gagal memanfaatkan beberapa peluang yang ada untuk menjaringkan gol serta tidak klinikal dalam kawasan 'D'," kata Sarjit.
"Kami perlu mengambil tanggungjawab kerana gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol padang dan PC. Dari segi possession yes kami bermain lebih baik, tetapi dalam perlawanan jumlah jaringan menjadi penentu kedua-dua pasukan.
"Rehat esok, barisan kejurulatihan akan memastikan pemain mendapat rehat yang cukup menjelang pertemuan dengan India dan kami akan membuat asalisis berkaitan pasukan India serta membaiki kelemahan yang berlaku pada hari ini.
"Persaingan masih lagi terbuka dan kami akan berusaha keras untuk berada pada kelompok 4 terbaik."
Ammar Hakim
Mon Sep 09 2024
Baru enam bulan, beri saya masa -- Sarjit Singh
Sembilan jam sebaik tiba di tanah air, ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, terpaksa menahan telinga dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.
ACT 2024: Apa Nasib Sarjit Singh Khamis ini?
Skuad hoki negara menerima banyak kecaman selepas tamatkan Trofi Juara-Juara Asia di tangga tercorot.
ACT: Ada hikmah di sebalik The Speedy Tigers tenggelam punca -- Vikneswaran
Bekas pemain hoki kebangsaan I Vikneswaran, menyarankan semua pihak agar kekal bersabar dengan skuad negara selepas prestasi mengecewakan dalam Trofi Juara-Juara Asia (ACT), China.
ACT: Sarjit Singh cari jalan atasi prestasi yo-yo
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh, masih belum menemui formula terbaik buat skuad negara lebih-lebih lagi memasuki fasa akhir permainan.
ACT: The Speedy Tigers akhiri cabaran di tempat keenam
Skuad hoki negara mengakhiri saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di tempat keenam selepas tewas kepada Jepun di Moqi, China, sebentar tadi.
ACT: Persembahan The Speedy Tigers beri isyarat buat MHC
Prestasi hambar skuad negara pada Kejohanan Hoki Juara-Juara Asia (ACT) 2024 di Hulunbuir, Inner Mongolia, China, ketika ini memberi isyarat jelas buat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang perlu menetapkan sasaran buat jurulatih, Sarjit Singh.
ACT: The Speedy Tigers ikat Korea Selatan di Moqi
Malaysia melakar keputusan seri 3-3 berdepan Korea Selatan dalam pusingan Round Robin 5 Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Moqi, China sebentar tadi.
ACT: Malaysia raih kemenangan pertama atasi Jepun
Skuad hoki negara akhirnya meraih kemenangan pertama dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) apabila mengatasi 5-4 di Moqi, China sebentar tadi.
ACT: Malaysia dibelasah India 8-1, apa sudah jadi dengan skuad hoki negara?
Skuad hoki negara dibelasah India 8-1 dalam aksi ketiga Kejohanan Hoki Piala Juara-Juara Asia di China sebentar tadi.
ACT 2024: Malaysia tunduk kepada China di laman sendiri
Malaysia tunduk kepada China 4 berbalas 2 dalam perlawanan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia.
Premier League return 'will have to wait' for Gyokores, says former Portugal defender Andrade
Viktor Gyokores' impressive goalscoring feats have generated widespread interest, but Jorge Andrade believes he should stay at Sporting CP.
Bompastor wary of Villa threat as first WSL match approaches
Sonia Bompastor is looking forward to her first competitive match in charge of Chelsea, as the reigning champions face Aston Villa.
New York Red Bulls v Atlanta United: Schwarz seeking change in behaviour
Preview: NYRB v Atlanta United
Charlotte FC v New England Revolution: Smith demands attacking improvements
Preview: Charlotte v New England
Singapore Grand Prix: Confident Piastri ready to help Norris fight for championship
Singapore Grand Prix: Race preview
Latham and Williamson lead charge as New Zealand close gap on Sri Lanka
New Zealand close gap on Sri Lanka
Ashwin century leads India revival after difficult start against Bangladesh
Ashwin century leads India revival
Taylor: Man City know 'exactly what we have to do' to win WSL title
Taylor urges Man City to 'kick on'
Raducanu roars through to Korea Open quarter-finals
Raducanu reaches Seoul last eight
Stokes to have scan on hamstring injury before Pakistan tour
Stokes to have scan before Pakistan