UEL: 'Semua pemain Man Utd percayakan Andre Onana'
Najmi Iman
December 12, 2024 07:41 MYT
December 12, 2024 07:41 MYT
Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes, menegaskan dia dan rakan-rakannya memberi kepercayaan penuh kepada penjaga gol kebangsaan Cameroon, Andre Onana, meskipun sering kali melakukan kesilapan.
Rasmus Hojlund menjadi wira buat The Red Devils apabila dimasukkan selaku pemain gantian dan berjaya menyumbat dua gol untuk meraih kemenangan penting bertemu Viktoria Plzen dalam saingan Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.
Bruno tidak mahu Onana dibelenggu rasa salah meskipun ramai peminat mempersoalkan persembahannya sejak prestasi bertemu Nottingham Forest, minggu lalu.
Bercakap kepada media antarabangsa selepas perlawanan, tonggak utama Portugal itu berkata: "Kami mahu bermain daripada belakang dan semua orang tahu kami membuat keputusan yang betul.
Togetherness.#MUFC || #UEL pic.twitter.com/bAvKAHcR2H
— Manchester United (@ManUtd) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia (Onana) membuat kesilapan, tetapi bukan itu yang perlu diberi fokus. Semua pemain yang terlibat mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadapnya.
"Kami tidak perlu memberitahunya mengenai tindakannya. Apa yang paling penting ialah semua pemain bekerjasama membantu pasukan.