LIVERPOOL 2 REAL MADRID 0
Alexis Mac Allister dan pemain gantian, Cody Gakpo, menemui sasaran ketika Liverpool meneruskan rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan juara bertahan, Real Madrid, 2-0 di Anfield awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan The Reds memperoleh kemenangan pertama ke atas Madrid sejak sembilan percubaan lalu untuk pasukan bimbingan Arne Slot itu menduduki tangga teratas liga 36 pasukan terbaik Eropah berkenaan.
Tuan rumah memulakan saingan dengan meyakinkan dan terlebih dahulu menguji gawang pelawat menerusi percubaan Darwin Nunez, yang diselamatkan penjaga gol, Thibaut Courtois, seawal minit kelima.
Pasukan bimbingan Slot itu memecahkan kebuntuan pada tujuh minit pertama babak kedua hasil gandingan menarik Conor Bradley dengan Mac Allister, yang kemudian melakukan penyudah ke penjuru kiri bawah gawang Madrid.
Madrid sepatutnya menyamakan kedudukan selepas Andrew Robertson menjatuhkan Lucas Vazquez dalam kawasan penalti tetapi sepakan Kylian Mbappe mudah diselamatkan penjaga gol, Caoimhin Kelleher.
Mohamed Salah kemudian turut dijatuhkan Ferland Mendy di kawasan penalti bertentangan tetapi dia juga gagal menyudahkan peluang itu, di mana sepakannya terkena tiang.
Liverpool mengesahkan kemenangan hasil gerakan satu-dua Robertson dan Curtis Jones susulan satu situasi sepakan penjuru sebelum kapten Scotland itu melakukan lambungan yang kemudian ditanduk masuk Gakpo pada minit ke-76 untuk Liverpool memperoleh kemenangan kelima daripada lima perlawanan setakat ini.
Muzaffar Musa
Thu Nov 28 2024
Piala AFF Wanita: Kemboja hantar Malaysia pulang
Skuad wanita Malaysia ditunjuk jalan keluar susulan tewas 0-2 di tangan Kemboja dalam saingan Piala AFF Wanita, sebentar tadi.
Mangsa banjir meningkat 85,000: Warga Astro Arena doakan situasi banjir segera diatasi
Situasi banjir di negara ini semakin memburuk dengan tiga lagi negeri dilaporkan mula terjejas iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menjadikan keseluruhan sembilan negeri terkesan.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Live streaming misi KL Rovers sekat hajat JDT
Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur Rovers akan sekali lagi bertembung bagi aksi timbal balik pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri petang esok.
Ranking MA AFC: Malaysia bakal hilang slot ACLE, peminat mohon JDT-Selangor menang baki perlawanan
Malaysia berpotensi kehilangan tempat dalam pentas tertinggi kejohanan kelab bola sepak Asia selepas dipintas oleh Australia dan Vietnam, baru-baru ini.
ACL2: Katsuhito Kinoshi mohon maaf kepada penyokong Selangor
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, memohon maaf kepada penyokong pasukan itu selepas The Red Giants tewas 1-2 kepada Muangtohng United dalam aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam tadi.
Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia
Kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia, malam tadi.
UEL: Selepas 11 tahun, Manchester United kembali hebat! -- Bekas pemain Liverpool
Dua jaringan Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho memberikan kemenangan pertama Ruben Amorim selaku pengendali baru Manchester United dalam saingan Liga Europa (UEL) di Old Trafford, awal pagi tadi.
UEL: Tolakan mudah saat akhir Hummels buat Tottenham putih mata
Mats Hummels melakukan tolakan mudah ketika menjaringkan gol kemenangan dramatik AS Roma untuk mengikat Tottenham 2-2 dalam perlawanan Liga Europa (UEL) di London awal pagi tadi.
UEL: Dua gol Hojlund pastikan Manchester United berpesta sambut ketibaan Amorim di Old Trafford
Rasmus Hojlund menjaringkan dua gol untuk menyelamatkan pesta sambutan Ruben Amorim di Old Trafford ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Bodo/Glimt 3-2 dalam saingan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.
Nadi Bola Latihan Pasukan: JDT dijangka tiada masalah atasi KL Rovers
Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur Rovers akan sekali lagi bertembung bagi aksi timbal balik pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri petang esok.
Bottas says he "could see" himself linking up with Verstappen at Red Bull
Bottas relishes racing with Max
The Numbers Game: Will Slot's Liverpool prolong Man City's dreadful run?
The Numbers Game: Liverpool v City
Hojlund calls for patience with Amorim's Man Utd
Preview: Man Utd v Everton
Maresca and Emery hail 'fantastic' European displays ahead of Stamford Bridge clash
Preview: Chelsea v Aston Villa
Postecoglou frustrated by profligate Tottenham in Roma draw
Spurs frustrate Ange in Roma draw
Clement lauds Rangers' 'best performance of the season' against Nice
Clement lauds Rangers display
Amorim revels in 'special' Old Trafford welcome as Man Utd earn comeback win
Amorim revels in special welcome
Tottenham 2-2 Roma: Hummels grabs last-gasp equaliser
Report: Tottenham 2-2 Roma
Nice 1-4 Rangers: Igamane stars in dominant away triumph
Report: Nice 1-4 Rangers
Manchester United 3-2 Bodo/Glimt: Hojlund brace rescues Amorim's welcome party
Report: Man Utd 3-2 Bodo/Glimt