Jaringan tunggal Mohamed Salah menerusi sepakan penalti dalam separuh masa kedua memacu Liverpool mengatasi Girona 1-0 sekali gus mengekalkan rekod 100% tanpa kalah untuk mengungguli Liga Juara-Juara UEFA (UCL), awal pagi tadi.

Kemenangan itu diwarnai dengan kembalinya penjaga gawang utama, Alisson Becker, yang diturunkan buat kali pertama sejak mengalami kecederaan hamstring pada awal Oktober lalu.

Ketika The Reds bergelut untuk mencipta beberapa peluang, mereka akhirnya menemui kejayaan selepas dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran yang dilakukan Donny Van De Beek ke atas Luis Diaz pada minit ke-63.





Dengan jarak 12 ela itu, Salah tenang menoktahkan dengan jaringan pembukaan sekali gus menjadi jaringan kemenangan Liverpool untuk menduduki 18 mata di tangga teratas liga UCL.

Untuk rekod, Salah kini menduduki tiga kelompok yang paling banyak memberikan bantuan jaringan iaitu sebanyak empat kali.