Tokyo 2020: Penantian cukup bermakna buat De Grasse
Ammar Hakim
August 4, 2021 07:39 MYT
August 4, 2021 07:39 MYT
Andre De Grasse berkata ia merupakan 'penantian yang cukup bernilai' selepas akhirnya memenangi pingat emas dalam kejohanan antarabangsa apabila muncul juara acara 200m dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Lima tahun lalu, atlet Kanada itu dilihat sebagai pewaris legasi Usain Bolt selepas menamatkan saingan di tempat ketiga 100m dan kedua dalam perlumbaan 200m di mana dia memberikan tentangan sepanjang Rio 2016.
Bagaimanapun, masalah hamstring pada 2017 menafikan peluang terakhir untuk berlumba dalam Kejohanan Dunia di London, manakala masalah yang sama menghimpitnya bagi musim 2018.
Tetapi dia kembali ke podium dengan pingat gangsa (100m) dan perak (200m) dalam Kejohanan Dunia 2019 di Doha dan, selepas gangsa yang diperoleh dalam acara 100m bagi edisi Tokyo 2020, De Grasse akhirnya mengakhiri berjaya ke puncak podium dengan catatan rekod kebangsaan Kanada 19.62 saat.
"Ya, sudah semestinya ia adalah kejayaan ditunggu-tunggu, saya telah menjalani semua kesukaran yang saya hadapi dengan kecederaan sejak 2016 hingga tidak dapat melangkah ke balapan dalam Kejohanan Dunia pada tahun 2017 kemudian menghadapi masalah yang sama pada tahun berikutanya, ia amat sukar bagi saya," katanya.
"Nasib baik saya mempunyai sistem sokongan daripada rakan-rakan, keluarga saya dan mereka hanya memberitahu saya untuk terus mendorong, untuk terus ke hadapan.
"Ketika saya dapat kembali ke podium pada tahun 2019, saya sangat bersyukur dan saya tahu saya mampu terus menjadi lebih baik.
"Bagi saya ini adalah saat yang luar biasa untuk mendapatkan pingat emas pertama saya. Saya tidak sabar untuk berada di podium, menggenggam pingat dan mendengar lagu kebangsaan."