Tifo Indonesia pernah bedal Jepun 7-0 di Gelora Bung Karno curi tumpuan
Saufi Tahir
November 15, 2024 23:14 MYT
November 15, 2024 23:14 MYT
Tifo gergasi dimana Indonesia pernah membenam Jepun 7-0 pada tahun 1968 sebelum bermula perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara dua negara itu di Stadium Gelora Bung Karno mencuri tumpuan.
Tifo itu terpapar mesej "Jangan lupa ini, kami percaya ia akan berlaku lagi", dengan tujuan memberikan amaran buat pasukan negara matahari terbit itu bahawa maruah mereka pernah dicalarkan oleh skuad Garuda suatu ketika dulu.
???? In tonight's match against Japan, Indonesian fans proudly displayed a tifo recalling their national team’s historic 7-0 victory over Japan in 1968. However, the nostalgia quickly turned as Japan, now a football powerhouse, defeated Indonesia 4-0. A tough night, but the… pic.twitter.com/ToFGn3ji1u
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, Indonesia menjadi mangsa amukan Jepun apabila tewas 4-0 sebentar tadi sekali gus menyaksikan skuad kendalian Shin Tae-yong berada di kedudukan terakhir Kumpulan C dengan tiga mata dan Jepun kekal sebagai pendahulu kumpulan.