Terzic tidak pasti sama ada Sancho akan kembali ke Dortmund

Ammar Hakim
June 2, 2024 07:50 MYT
Edin Terzic tidak pasti sama ada Jadon Sancho akan kembali ke Borussia Dortmund tetapi berkata pemain sayap itu akan bermain di lebih banyak perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
Penyerang Manchester United yang dipinjamkan itu tidak dapat menghalang Real Madrid daripada merangkul kejuaraan ke-15 dalam saingan kelab benua terkemuka Eropah semalam.
Dani Carvajal dan Vinicius Junior muncul watak pemusnah Dortmund di Stadium Wembley, di mana Sancho bermain di gelanggang kebangsaan England.
Sancho bersedia untuk kembali ke Old Trafford selepas diketepikan pasukan utama apabila berbalah dengan pengurus, Erik ten Hag, walaupun Terzic memuji pemain pinjaman BVB itu.
“Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Jadon,” kata Terzic.
“Saya tidak tahu apa yang akan dibawa pada masa depan, tetapi yang pasti ia akan membawanya satu lagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
“Saya tidak bercakap tentang masa depannya [di Dortmund} kerana kami telah bercakap tentang masa kini dan masa kini adalah perlawanan akhir Liga Juara-Juara di kampung halamannya, saat yang sangat istimewa untuknya.
"Dia sangat gembira dengan kami dan anda boleh lihat kegembiraan yang dia ada dan kegembiraan yang dia bawa kepada kami. Sejak enam bulan lalu, dia cemerlang untuk kami.
“Sudah tentu, dia mengambil masa untuk membentuk semula rentak, tetapi anda boleh rasa kualiti dan kemahirannya meningkatkan permainan kami serta-merta.
"Dia bukan sahaja meningkatkan permainannya, tetapi orang-orang di sekelilingnya. Dia sangat berbakat."

Full-time at Wembley ? pic.twitter.com/zNa8MC0eTr

— Borussia Dortmund (@BlackYellow) June 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Borussia Dortmund #Liga Juara-Juara #Jadon Sancho #Edin Terzic
;