TERKINI: Sesi latihan bebas F1 Sepanyol kecoh apabila bilik pasukan McLaren terbakar

King Hisyam
June 22, 2024 18:52 MYT
Ketika semua pasukan dan pelumba sibuk dengan sesi latihan bebas ketiga di Litar Catalunya, pada F1 Grand Prix Sepanyol petang ini, keadaan menjadi kecoh selepas bilik paddock pasukan McLaren tiba-tiba terbakar.
Ia menyebabkan keadaan menjadi sedikit huru-hara dan kelam kabut sebelum pihak bomba dan keselamatan litar itu bergegas ke tempat kejadian.
Api yang dikatakan berpunca dari bahagian dapur bilik paddock pasukan tersebut cepat merebak disebabkan keadaan cuaca panas dan kering selain menyambar bahan-bahan dan peralatan yang mudah terbakar.
Bagaimanapun tiada laporan menyeluruh daripada media antarabangsa setakat ini samada ada yang cedera atau sebagainya.
Namun pihak keselamatan dikatakan dapat mengawal kebakaran tersebut daripada merebak ke bilik paddock pasukan lain yang mungkin akan mlenyebabkan keadaan bertambah buruk.
Punca sebenar kebakaran juga sedang disiasat.
#McLaren #F1 #GP Sepanyol #Terbakar
;