Terjun Terbuka Malaysia: Nur Dhabitah cari bekalan semangat tahun depan
Shaiful Shamsudin
October 30, 2024 19:16 MYT
October 30, 2024 19:16 MYT
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, menjadikan Kejohanan Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil yang bermula Sabtu ini sebagai pelantar untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.
Bagaimanapun, Nur Dhabitah menafikan skuad terjun Malaysia mampu mendominasi kejohanan yang akan menampilkan penyertaan dari sembilan buah negara luar berikutan kehadiran olimpian Jepun dan New Zealand.
"Setakat ini segala persiapan berjalan lancar. Lagipun saya hanya menyertai dua acara; 3 meter seirama campuran bersama Gabriel Gilbert Daimdan seirama dengan Ong Ker Ying.
"Saya banyak fokus kepada teknik individu. Kalau kami berjaya mendominasi kejohanan ini, ia akan menjadi bekalan semangat untuk atlet menghadapi cabaran tahun depan," katanya ketika diwawancara wakil Nadi Arena hari ini.