Terbuka Jepun: Sze Fei-Izzuddin lepasi ujian pertama


August 20, 2024 13:09 MYT
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melepasi langkah pertama dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun sebentar tadi.
Berada dalam prestasi terbaik, Sze Fei-Izzuddin cemerlang menewaskan Kazuki Shibata-Naoki Yamada dari Jepun secara straight set.
Beregu ke-13 dunia itu tenang mendominasi permainan untuk menang set pertama 21-13. sebelum menoktahkan kemenangan apabila menang 21-13 dalam set kedua dalam perlawanan yang melewati 39 minit permainan di Arena Yokohama itu.
Sze Fei-Nur Izzuddin bakal menanti adalah beregu dari Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han dalam saingan pusingan kedua.
#badminton #Malaysia #Jepun #Terbuka Jepun
;