Sukma Sarawak 2024: Semoga ketemu di Selangor 2026!

Najmi Iman
August 24, 2024 23:21 MYT
Berakhir sudah penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menyaksikan temasya berskala besar itu berjaya diadakan dengan begitu meriah sambil mendapat perhatian menyeluruh peminat sukan Tanah Air.
Sukma Sarawak dianjurkan di sembilan bahagian negeri itu hingga 24 Ogos apabila membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan yang terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran.
Sebagai simbolik penutupan aksi tersebar sukan negara itu, Selangor secara rasminya diumumkan sebagai tuan rumah bagi edisi Ke-22 yang akan berlangsung pada 2026 selepas menerima bendera kejohanan yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor bakal kembali mengelolakan pertandingan dwitahunan itu selepas kali terakhir ialah pada 1998 sekitar 26 tahun lalu.
#Sarawak #Sukan Malaysia #Selangor 2026