Sukan Paralimpik 2024: Pelari transgander gigit jari, gagal saingi atlet wanita

Saufi Tahir
September 7, 2024 15:33 MYT
Walaupun dilahirkan sebagai seorang lelaki, Valentina Petrillo, terpaksa akur apabila tidak berjaya menyaingi pelari wanita sebenar dalam acara 400 meter T12 Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle, awal pagi tadi.
Pelumba berusia 51 tahun itu menamatkan perlumbaan separuh akhir di kedudukan ketiga dengan catatan masa 57.58 saat sekali gus gagal melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut sebarang pingat.
"Saya berharap anak saya akan berbangga dengan saya." katanya selepas tamat larian.
#Olahraga #sukan paralimpik 2024
;