Sukan Komanwel 2026: Hanya 10 jenis sukan, hoki- gimrama-skuasy antara diketepikan

Muzaffar Musa
October 22, 2024 13:59 MYT
Hanya 10 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan hoki antara sukan utama yang diketepikan daripada temasya itu.
Negara penganjur, Scotland, mengesahkan perkara itu hari ini menjelang temasya yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026.
Selain hoki, temasya berskala kecil itu turut memansuhkan acara terjun, badminton, bola tampar pantai, kriket, berbasikal lebuh raya dan berbasikal bukit.
Antara Sukan Lain yang digugurkan berbanding edisi 2022 di Birmingham ialah gimrama, ragbi 7's, skuasy, ping pong, triatlon dan gusti.
Edisi ini, Glasgow hanya menganjurkan acara olahraga dan olahraga para, renang dan renang para, gimnastik artistik, berbasikal trek dan berbasikal trek para, bola jaring, angkat berat dan powerlifting, tinju, judo, boling padang dan boling para, bola keranjang 3x3 dan bola keranjang kerusi roda 3x3.
#Hoki #Sukan Komanwel Glasgow 2026
;