Stadium Sultan Ibrahim, Johor bakal anjur Piala Dunia!
Najmi Iman
January 19, 2025 09:40 MYT
January 19, 2025 09:40 MYT
Buat julung kalinya, Johor bakal melakar sejarah apabila Kejohanan Piala Dunia Pempengaruh 2025 akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), September ini.
Arena bola sepak tempatan akan dihangatkan dengan perlawanan bertaraf antarbangsa di mana Malaysia berpeluang bertemu pasukan handalan terkemuka dunia.
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 18, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian itu disahkan oleh laman rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT) di X mengenai pertandingan sulung itu yang dianggap sebagai satu pentas terbesar untuk pempengaruh serata dunia.
Terdapat 8 negara terkemuka di dunia bakal terlibat termasuklah Argentina, Sepanyol, Perancis, Mexico, England, Chile, Colombia dan Malaysia.