Shopee bawa demam sukan ke Malaysia dengan aktiviti, hadiah menarik
Stadium Astro
July 29, 2024 11:48 MYT
July 29, 2024 11:48 MYT
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, berbesar hati menyokong atlet kebangsaan dalam acara sukan antarabangsa dengan tiga aktiviti menarik dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Inisiatif ini berlangsung sejajar dengan 8.8 Festival Shopee Live yang menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk meraikan kecemerlangan dan semangat kesukanan sambil menikmati tawaran dan ganjaran eksklusif.
Menyatukan Rakyat Malaysia Melalui Sukan
Sukan sentiasa menjadi kuasa besar dalam memupuk kebanggaan dan perpaduan negara. Acara sukan antarabangsa terkini memberikan peluang unik untuk rakyat Malaysia bersatu dan menyokong atlet kita, meraikan nilai dan aspirasi yang dikongsi bersama. Shopee Malaysia berdedikasi untuk menyemarakkan semangat ini dengan menggalakkan semua untuk bersatu menyokong atlet kita yang bertanding di pentas global.
Shopee Games Harian: Keseronokan, Permainan, dan Sokongan
Selaras dengan 8.8 Festival Shopee Live, Shopee melancarkan Shopee Games Harian untuk menunjukkan sokongan kepada atlet Malaysia. Ini termasuk Shopee Live, program penstriman langsung selama tiga hari; Shopee Shake, di mana pengguna boleh memenangi sehingga 888,888 Shopee Coins; dan Trivia Shopee Games. Pengguna boleh menunjukkan sokongan mereka dengan menyertai program-program menarik ini, menonton sorotan terbaik, dan menikmati baucar serta promosi eksklusif.
Shopee dengan bangganya mempersembahkan Shopee Live, acara penstriman langsung khas selama tiga hari yang direka untuk pencinta kucing dan peminat sukan. Tonton Shopee Live dari 12 tengah hari -- 1 petang pada 30 Julai, 1 Ogos dan 6 Ogos untuk perkembangan terkini sukan, trivia, mengimbas kembali memori sukan lalu, dan permainan ramalan yang menyeronokkan, di mana maskot kucing meramal siapakah pemenang.
Bukan itu sahaja, enam pembeli teratas semasa acara ini boleh membawa pulang sesi fotografi profesional bersama haiwan kesayangan mereka yang bernilai RM599.
Bekerjasama dengan Astro Malaysia, Shopee berbesar hati meraikan dan menyokong atlet tempatan kita yang bertanding di Paris. Rakyat Malaysia boleh menonton semua aksi sukan di 18 Saluran Astro dan juga berpeluang memenangi sehingga 888,888 Shopee Coins setiap hari.
Tonton Nadi Arena di Astro Arena (CH 801 & 802) pada jam 8 malam dari 26 Julai hingga 11 Ogos, sertai Shopee Shake dari Isnin hingga Khamis, dan uji pengetahuan sukan anda dengan Shopee Games Trivia dari Jumaat hingga Ahad!
Tambahan lagi, Shopee akan memberi baucar eksklusif untuk setiap pingat yang dibawa pulang oleh atlet kita! Sertai kami dalam menyokong wira negara bersama Shopee dan Astro.
Rai, Sokong, dan Menang dengan Shopee
Shopee komited untuk menawarkan pengalaman menyeronokkan dan menguntungkan yang menyatukan rakyat Malaysia dalam meraikan kecemerlangan sukan. Dengan kempen Shopee Games Harian, anda boleh menikmati rancangan penstriman langsung menarik, permainan interaktif, tawaran eksklusif, dan peluang untuk menang besar. Sertai Shopee dalam menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada wira negara kita. Bersama-sama, mari kita bersorak untuk Malaysia dan meraikan semangat sukan!
Ketahui lebih lanjut tentang Shopee Games Harian dan 8.8 Festival Shopee Live di sini: https://shopee.com.my/m/8-8#DSPL1