Setiausaha Kehormat MCFA nafi dilucut jawatan
Saufi Tahir
January 13, 2025 17:27 MYT
January 13, 2025 17:27 MYT
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Edwin Tang Chee Hong, menafikan jawatannya telah dilucutkan dalam sebuah mesyuarat sebelum ini.
Kenyataan itu menjawab kepada laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bahawa MCFA memutuskan untuk melucutkan jawatan Setiausaha Kehormat mereka sebelum ini.
Edwin menjelaskan agenda utama mesyuarat yang berlangsung sebelum ini hanyalah mengenai pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bukan mengenai status dan jawatannya.
Terkini : Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia lucut jawatan Setiausaha Agung mereka harini.Esok akan ada mesyuarat bagi status Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berhubung isu permintaan borang baru pemilihan yang masih belum di tunaikan
— FinaNasrom (@fnasrom) January 11, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, satu surat rasmi berhubung jawapan balas mengenai isu berbangkit itu juga telah diserahkan kepada FAM.
"Notis dan agenda mesyuarat majlis MCFA bertarikh 2 Januari 2025 menunjukkan agenda mesyuarat hanya berfokus kepada pemilihan FAM akan datang.
"Tiada agenda atau usul untuk memecat saya sebagai setiausaha kehormat MCFA." katanya.