Serie A: Juventus sekali lagi keciciran mata dalam perebutan kejuaraan

Syen Yeoh
February 18, 2024 14:06 MYT
Juventus terus gagal mengejar pendahulu Serie A, Inter Milan, selepas seri 2-2 dengan Verona, yang bergelut mencatatkan perlawanan keempat tanpa kemenangan.
Mereka terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk mengambil satu mata yang menyebabkan mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pesaing lain dan sepatutnya melakukan lebih baik dengan beberapa peluang diperoleh pada lewat permainan.
Verona membuat permulaan lebih cerah dan mereka dihadiahkan dengan jaringan menakjubkan menerusi Michael Folorunsho pada minit ke-12.
Tendangan sudut Tomas Suslov ditanduk jelas oleh Adrien Rabiot tetapi bola hanya sampai ke Folorunsho di luar kawasan dan pemain tengah Itali itu melepaskan tendangan voli dengan kaki kirinya.
Tendangan itu melayang ke penjuru kiri atas, menyaksikan Wojciech Szczesny tidak berpeluang untuk menyelamatkan gawang.
Juventus menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti dengan Dusan Vlahvic menyempurnakan jaringan itu selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) menunjukkan Jackson Tchatchoua mengendalikan bola dengan tangan, di mana pengadil, Marco Di Bello, pada mulanya percaya bola telah terbias dari lututnya.
Walaupun lawan menyamakan kedudukan, Verona masih berada dalam kawalan yang baik apabila mereka menjalankan tugas dengan perancangan yang jitu.
Gol mereka dihasilkan lapan minit selepas rehat apabila Tijjani Noslin mempamerkan ketenangan dan untuk menghalakan bola ke sudut kanan bawah gawang.
Tetapi pertahanan Verona kemudiannya ditembusi apabila mereka membenarkan Juventus menghantar bola kepada Rabiot yang tidak dijaga dan mempunyai masa dan ruang untuk memastikan tendangannyake dalam jaring.
#bola sepak #Juventus #Serie A #Verona
;