Serie A: Dia layak terima pujian -- Antonio Conte terhadap Romelu Lukaku

Najmi Iman
September 16, 2024 09:29 MYT
Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte, memuji persembahan bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku, selepas menjaringkan gol dan membuat dua bantuan jaringan sekali gus membantu skuadnya meraih kemenangan 4-0 menewaskan Cagliari, awal pagi tadi.
Pemain berusia 31 tahun itu bergandingan semula dengan Conte bagi menajamkan serangan Napoli tatkala kehilangan Victor Osimhen yang dipinjamkan ke Galatasaray musim ini.
Sebelum ini, Lukaku juga menjadi watak penting Napoli apabila menjadi wira mengalahkan Parma sebelum saingan Serie A dihentikan seketika akibat perlawanan antarabangsa.

⏹️ Full time: #CagliariNapoli 0-4 ? ? #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/BgoR5bkmYI

— Official SSC Napoli (@sscnapoli) September 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apabila ditanya oleh wartawan selepas aksi tamat, Conte menggariskan mengapa dia begitu berminat mendapatkan khidmat bekas pemain Inter Milan itu dan berusaha untuk membawa masuk ke kem Napoli.
"Saya selalu menekankan bahawa saya sangat mahukan Lukaku kerana dia adalah penyerang yang bagus.
"Dia sangat tinggi dan kuat daripada segi fizikal selain mempunyai kelajuan yang baik meskipun dia kini tidak berada di tahap optimum, namun dia merupakan senjata hebat buat kami," katanya.
#bola sepak #Antonio Conte #Napoli #Romelu Lukaku #Serie A