Dua kesilapan saat-saat akhir menyaksikan skuad negara ketinggalan 1-2 di belakang Timor Leste menjelang separuh masa aksi Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini.

Syafiq Ahmad terlebih dahulu meletakkan Malaysia di depan dengan menyudahkan lintangan Fergus Tierney pada minit ke-37.

Bagaimanapun, Harimau Malaya dibolosi dua gol dalam waktu kecederaan separuh masa, bermula dengan satu gerakan serangan balas pantas yang disusuli larian pantas Joao Pedro sebelum disudahkan Olagar Xavier.

Dua minit kemudian, Timor Leste menggandakan jaringan mereka menerusi satu lagi larian pantas Joao Pedro tetapi kali ini, ia disudahkan sendiri kapten pasukan pelawat itu.