Rodri singkir Vinicius Junior untuk rangkul Ballon d'Or

Saufi Tahir
October 28, 2024 07:58 MYT
Bintang Manchester City, Rodri, mencipta sensai dengan memenangi Ballon d'Or selepas melalui musim yang cemerlang bersama kelab dan negara sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari Real Madrid, Vinicius Junior.
Rodri menjadi pemain Sepanyol pertama yang memenangi anugerah itu sejak pemain Barcelona, Luis Suarez, pada 1960.
Pemain berusia 28 tahun itu merupakan sebahagian daripada pemain yang memacu kejayaan Manchester City menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) kali keempat berturut-turut dengan Pep Guardiola tidak mengalami kekalahan dalam 34 perlawanan liga -menang 27 perlawanan dan seri tujuh kali- yang dibarisi Rodri.

Rodriiiiiiiiiii ? The 2024 Men's #ballondor winner! ✨ pic.twitter.com/XaR7T9xPS1

— Manchester City (@ManCity) October 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia kemudiaannya membantu Sepanyol untuk menjulang EURO 2024 serta muncul Pemain Terbaik Kejohanan walaupun terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan final susulan mengalami kecederaan.
Rodri dijangkakan akan terlepas baki aksi musim ini apabila terpaksa menjalani pembedahan Ligamen Anterior Cruciate (ACL), malah dalam majlis penganugerahan semalam menyaksikan dia dibantu legenda Chelsea, Didier Drogba, untuk naik ke pentas mengambil anugerah Ballon d'Or itu.
Pemain tengah itu merupakan pemain pertama memenangi anugerah berprestij itu ketika beraksi bersama kelab di EPL sejak Cristiano Ronaldo pada 2008 bersama Manchester United.

Rodri! ? #ballondor pic.twitter.com/7DEjISP8W8

— Ballon d'Or (@ballondor) October 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Vinicius yang dijangka memenangi anugerah itu selepas menjaringkan 24 gol dan 11 bantuan jaringan musim lalu sekadar menduduki tempat kedua dengan rakan sepasukannya, Jude Bellingham, menduduki tempat kelompok tiga terbaik sahaja.
#bola sepak #Manchester City #Real Madrid #Sepanyol #Ballon d'Or #Vinicius Junior #Rodri
;