Renang Terbuka Malaysia: Lim Yin Chuen tunjuk kemampuan sebenar

Najmi Iman
May 23, 2024 20:25 MYT
Perenang muda sensasi negara, Lim Yin Chuen, mengungguli acara 100m gaya bebas lelaki selepas mencatat rekod 50.19s dalam kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Yin Chuen yang berada di lorong ke-6 itu tidak berdepan masalah meninggalkan rakan senegara, Arvin Shaun, yang berada di tempat kedua selain pesaing dari Denmark, Rasmus Nickelsen, berada di tempat ketiga.
"Saya mensasarkan untuk mara ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris dan perlu menambah baik prestasi semasa saya untuk berada di tahap yang terbaik," katanya.
#Terbuka Malaysia #Renang #Lim Yin Chuen
;